| lacunae | kosong | Kesusasteraan | Tiada | Bahagian yang tertinggal dalam sesebuah karya bertulis. |
| cervical root fracture | fraktur akar servikal | Pergigian | Tiada | Bahagian leher gigi iaitu bahagian antara korona dengan akar yang patah akibat karies atau trauma. Biasanya bahagian korona yang patah akan dibuang dan akar yang tertinggal boleh dirawat bergantung kepada paras fraktur tersebut. Sekiranya fraktur berlaku di bawah paras tulang, akar terpaksa dicabut tetapi jika berlaku di atas paras tulang, rawatan kanal akar boleh dijalankan dan diikuti dengan restorasi korona tiang. |
| stump | tunggul | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Bahagian bawah batang pokok, termasuk bahagian akarnya yang masih tertinggal selepas proses penebangan. Tinggi tunggul adalah berbeza-beza mengikut keadaan akar jenis kayu berkenaan. Misalnya, kayu berbanir mempunyai tunggul yang lebih tinggi daripada kayu tidak berbanir. |
| effective precipitation | kerpasan efektif | Sains | Hidrometeorologi | 1. Bahagian kerpasan hujan yang menghasilkan larian. 2. Dalam pertanian, bahagian kerpasan hujan yang tertinggal di dalam tanih dan digunakan untuk pertumbuhan tanaman. |
| stump wood | kayu tunggal | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Bahagian bawah batang pokok, termasuk bahagian akarnya yang masih tertinggal selepas proses penebangan. Tinggi tunggal berbeza-beza mengikut keadaan akar jenis kayu berkenaan. Misalnya, kayu berbanir mempunyai tunggul yang lebih tinggi daripada kayu yang tidak berbanir. |
| column cover and spandrel system | sistem penutup tiang dan layar gerbang | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Sistem binaan yang menggunakan panel bagi menutup tiang dan layar gerbang, dengan jalur mengufuk menutupi bahagian yang tertinggal pada dinding. |
| sloven | cerancang | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Bahagian kayu pecah atau kumpulan selumbar yang tertinggal pada tunggul kayu, atau pada bahagian bawah pangkal balak selepas penebangan |
| ash | abu | Veterinar | Tiada | Bahagian mineral dalam sesuatu sampel makanan. Bahagian ini dihasilkan dengan membakar sampel di dalam relau pada suhu 500° C selama 4-6 jam. Keadaan ini akan menyebabkan bahan organik terbakar dan meruap. Residu yang tertinggal dikenali sebagai abu. |
| ash | abu | Perikanan | Akuakultur | Bahagian mineral dalam sesuatu sampel makanan. Bahagian ini dihasilkan dengan membakar sampel di dalam relau pada suhu 500°C selama 4 – 6 jam. Keadaan ini akan menyebabkan bahan organik terbakar dan meruap. Residu yang tertinggal dikenali sebagai abu. |
| crop residue | sisa tanaman | Pertanian | Tiada | Bahagian tanaman yang ditinggalkan dan tertinggal di atas dan di dalam tanah selepas penuaian. |