| pararhyme | pararima | Kesusasteraan | Puisi | Rima sumbang yang terbentuk di hujung baris dalam sesuatu untai atau rangkap puisi yang tidak serima. Contohnya, penggunaan kan dalam baris pertama rangkap petikan puisi "Dia Telah Terbawa" dalam kumpulan Kesan Kunjungan karya Rahman Shaari di bawah. bagaimana akan disambungkan jalur jemulur urat budaya di saat mengecil dunia dan akhirat tidak bersuara. |
| heptasyllabic | saptasuku | Kesusasteraan | Puisi | Tujuh suku kata dalam setiap baris yang terdapat pada sesuatu rangkap. Contohnya. baris yang menerapkan saptasuku ini dapat dilihat pada baris pertama puisi "Laut" karya J.M. Aziz ini. La/ut ber/bu/nga i/kan 2 3 2 |
| melody | melodi | Kesusasteraan | Puisi | Susunan seni kata yang berirama pada sesuatu baris dalam sesuatu rangkap, terutama puisi yang dihasilkan dengan tujuan untuk dilagu kan. Contohnya, pada lirik lagu nyanyian P. Ram lee berjudul 'Seri Bunian'. Indah nian istana bunian, Puteri bunian cantik rupawan; Berat rasa oak kutinggalkan, Kerana hati dah tertawan. |
| cinquain | pancabaris | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mengandungi lima baris dalam sesuatu rangkap. Contohnya, pada puisi "Sebuah Bas Berwarna Biru" dalam Kembara Ma!am karya LatiffMohidin. Puisi ini terdiri daripada empat rangkap, jumlah baris setiap rangkapnya sama seperti di bawah. Sebuah bas berwarna biru tanpa nombor dan pemandu merangkap antara kenderaan-kenderaan penuh darah kalau ia berhenti di depanku kan kubeli sebuah tiket berwarna biru tanpa humor dan lagu saudara waktunya telah tiba untuk aku melangkah kaki tiket yang kubeli terasa panas di tangan bas berwarna biru telah membuka pintu waktunya telah tiba untuk aku mengenal derita |
| hexastich | sadbaris | Kesusasteraan | Puisi | Rangkap puisi yang terdiri daripada enam baris. Contohnya, puisi yang menonjolkan bentuk sadbaris ini ialah pantun enam kerat seperti di bawah. Orang Baghdad bawa teraju, Orang Makkah bawa telur, Telur dimakan bulan puasa; Rumah gadang bersendi batu, Jika adat bersendi alur, Alur itu kan ganti raja. |