| bond | ikatan | Kesenian | Seni Bina | Cara susunan batu bata pada dinding atau struktur bangunan lain seperti rasuk, lantai, tiang, jenang tingkap atau jenang pintu. Terdapat pelbagai kaedah susunan batu bata bagi menguatkan ikatan batu bata tersebut menurut kaedah asal masyarakat yang mengamalkannya seperti susunan sisi, susunan Inggeris, susunan Fleming dan sebagainya. Bagi menguatkan ikatan antara batu bata, lazimnya digunakan jaring dawai pada setiap empat lapisan menegak batu bata, sementara bagi menguatkan ikatan atau pegangan struktur bangunan terhadap batu bata, kepingan logam digunakan sama ada berbentuk ekor ikan� bentuk L dan sebagainya, bergantung pada tahap kekuatan pegangan yang diperlukan. |
| brick construction | binaan batu bata | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bangunan yang sebahagian besarnya diperbuat daripada batu bata dan konkrit. |
| brick veneer construction | binaan venir batu bata | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Merupakan bangunan yang dinding luarnya dibuat daripada papan dengan lapisan dalamnya dibuat daripada batu bata. |
| course | lapis | Kesenian | Seni Bina | 1. Ketebalan melintang dalam kerja batu bata yang dikira bagi seunit tebal batu bata tersebut. 2. Bahagian nipis yang terdapat di permukaan atas sesuatu lantai, dinding dan jubin. |
| brick facing | kemasan bata | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Kemasan daripada susunan batu bata di luar kerangka kayu yang menyokong beban. Binaan daripada kemasan bata akan menyerupai bangunan bata walaupun struktur tersebut ialah struktur kerangka kayu. |
| bond | ikatan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | 1. Daya rekatan di antara mortar dengan batu bata atau di antara permukaan tetulang keluli dengan konkrit di sekelilingnya; 2. Susunan batu bata. |
| composite wall | dinding rencam | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Dinding yang dibina dengan menggabungkan beberapa jenis batu bata seperti bata merah, dan blok konkrit. |
| brick clay | lempung bata | Kejuruteraan | Tiada | Lempung yang sesuai untuk membuat batu-bata atau tembikar kasar. |
| brick-stitch | sulam bata | Kesenian | Tiada | Konstruksi jahit sulam yang menyerupai susunan batu bata. |
| brick pavement | turapan bata | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Turapan yang dibuat dengan menggunakan batu bata. |