Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata batu batu-bata


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bondikatanKesenianSeni BinaCara susunan batu bata pada dinding atau struktur bangunan lain seperti rasuk, lantai, tiang, jenang tingkap atau jenang pintu. Terdapat pelbagai kaedah susunan batu bata bagi menguatkan ikatan batu bata tersebut menurut kaedah asal masyarakat yang mengamalkannya seperti susunan sisi, susunan Inggeris, susunan Fleming dan sebagainya. Bagi menguatkan ikatan antara batu bata, lazimnya digunakan jaring dawai pada setiap empat lapisan menegak batu bata, sementara bagi menguatkan ikatan atau pegangan struktur bangunan terhadap batu bata, kepingan logam digunakan sama ada berbentuk ekor ikan� bentuk L dan sebagainya, bergantung pada tahap kekuatan pegangan yang diperlukan.
brick constructionbinaan batu bataPentadbiran PerniagaanTiadaBangunan yang sebahagian besarnya diperbuat daripada batu bata dan konkrit.
brick veneer constructionbinaan venir batu bataPentadbiran PerniagaanTiadaMerupakan bangunan yang dinding luarnya dibuat daripada papan dengan lapisan dalamnya dibuat daripada batu bata.
courselapisKesenianSeni Bina1. Ketebalan melintang dalam kerja batu bata yang dikira bagi seunit tebal batu bata tersebut. 2. Bahagian nipis yang terdapat di permukaan atas sesuatu lantai, dinding dan jubin.
bondikatanKejuruteraanKejuruteraan Bangunan1. Daya rekatan di antara mortar dengan batu bata atau di antara permukaan tetulang keluli dengan konkrit di sekelilingnya; 2. Susunan batu bata.
ashlarketulan batu halusKesenianSeni BinaBatu yang dipotong secara persegi untuk dijadikan dinding bangunan agar kelihatan lebih kemas berbanding dengan ketulan batu tanpa dibuat pemotongan persegi. Ketulan batu halus mempunyai kemasan di setiap sisi untuk memudahkan pelekatan dengan ketulan batu-batu halus yang lain. Ketulan batu halus merupakan bahan alternatif menggantikan batu bata untuk membuat dinding-dinding bangunan.
masonry noncombustible constructionbinaan batu kalis apiPentadbiran PerniagaanTiadaBangunan yang dinding luarnya dibuat daripada batu seperti batu bata, blok gipsum, blok konkrit berongga, jubin atau bahan-bahan lain yang mempunyai sama sifatnya serta lantai dan bumbung dibuat daripada logam dan bahan yang kalis api.
masonry unitunit kerja batuKejuruteraanKejuruteraan BangunanBata, batu, blok konkrit, blok kaca atau batu ubin tanah liat yang dibina pada dasar mortar.
brick facingkemasan bataKejuruteraanKejuruteraan BangunanKemasan daripada susunan batu bata di luar kerangka kayu yang menyokong beban. Binaan daripada kemasan bata akan menyerupai bangunan bata walaupun struktur tersebut ialah struktur kerangka kayu.
face shellcangkerang mukaanKesenianSeni BinaBahagian pada bongkah batu berongga (bahan binaan seperti batu bata dan blok konkrit untuk membuat dinding bangunan). Ia merupakan salah satu daripada dua dinding sisi pada unit bongkah batu tersebut. Selain bahagian yang dinamakan cangkerang mukaan, terdapat bahagian-bahagian lain pada batu tersebut dengan nama-namanya yang khusus.
12345678

Kembali ke atas