| retractor | retraktor | Perubatan | Tiada | Alat untuk menarik atau mengetepikan bahagian tisu sekeliling medan bedah semasa pembedahan. |
| balloon tamponade | tamponad belon | Perubatan | Tiada | Alat khas yang berfungsi untuk menaikkan tekanan darah arteri. Alat ini terdiri daripada seutas dawai dengan sebiji belon di bahagian hujungnya dan dimasukkan ke dalam arteri aorta. Tamponad belon biasanya digunakan oleh pakar kardiologi, pakar bius kardiotorasik dan pakar bedah kardiotorasik untuk merawat pesakit yang mengalami hipotensi atau renjatan akibat kegagalan fungsi ventrikel kiri. |
| incised wound | luka hiris | Perubatan | Tiada | Luka lurus pada kulit akibat dihiris dengan alat yang tajam, seperti pisau bedah dan pisau cukur. |