| tagung | tagung | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon jenis yang dipukul. Tagung ialah sejenis gong berbusut. Gong berbusut yang diperbuat daripada tembaga ini bersaiz besar, berbingkai sempit atau sederhana dan berdinding agak nipis. Tagung yang mempunyai register rendah, digantung dan dipukul dengan pemukul yang berbalut. Terdapat dua jenis tagung, iaitu tagung buah dan tagung laid. Gong tagung buah menghasilkan pic yang paling rendah, sementara gong tagung laid menghasilkan pic yang tinggi sedikit daripada gong tagung buah. Kedua-dua biji gong ini dimainkan oleh dua orang pemain secara bertingkah-tingkah untuk menghasilkan rentak terhasil serentak dengan bahagian rentak lain dalam ensembel sopogandangan dan ensembel gong besar. Tagung |
| kempyang | kempyang | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Kempyang diperbuat daripada gangsa dan berbentuk seperti periuk kecil berbusut. Sepasang gong berbusut ini diletakkan di dalam rangka kayu dan dipukul pada busut dengan sepasang kayu yang berbalut dengan tali tebal. Kempyang yang berasal dari Indonesia merupakan set dua biji gong yang berfungsi sebagai alat penanda masa bersama-sama dengan alat ketuk dalam muzik gamelan Jawa. |
| khong wong lek | khong wong lek | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional Thailand yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Alat muzik ini terdiri daripada set gong berbusut (gong chime) berbentuk bulatan yang berpic tinggi. Set gong yang terdiri daripada 16-17 gong kecil berbusut ini terletak di atas tali di dalam rak kayu bulat. Pemain duduk di tengah bulatan menggunakan pemukul kayu berbalut untuk memukul gong berbusut. Khong wong lek membungai melodi dalam ensembel mahori dan pi phat. |
| mong | mong | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Mong terdapat di Thailand dan di Malaysia. Mong terdiri daripada (i) sebiji gong berbusut yang tergantung, bersaiz besar dan dipukul dengan kayu pemukul yang berbalut. Mong dimainkan dalam ensembel menora dan piphat di Thailand, (ii) sebiji gong berbusut yang bersaiz sederhana. Alat muzik ini diletakkan mendatar di dalam rak kayu dan dipukul dengan pemukul yang berbalut. Mong dimainkan dalam ensembel wayang kulit Melayu di Malaysia dan di kawasan selatan Thailand, (iii) sepasang gong berbusut yang bersaiz kecil. Alat muzik ini diletakkan mendatar di dalam kotak kayu dan dipukul dengan pemukul yang berbalut. Mong dimainkan dalam ensembel menora dan wayang gedek di utara Semenanjung Malaysia dan di selatan Thailand. |
| sanang lapis | sanang lapis | Muzik | Tiada | Gong berbusut bersaiz sederhana. Alat muzik ini tergantung dan dipukul dengan pemukul kayu yang berbalut. Gong ini dimainkan secara bertingkah-tingkah serentak dengan bahagian muzik lain dalam ensembel sopogandangan. Sinonim sanang tinukul. Lihat juga sanang. |
| sanang sandangau | sanang sandangau | Muzik | Tiada | Gong berbusut bersaiz besar. Alat muzik ini tergantung dan dipukul dengan pemukul kayu yang berbalut. Sanang sandangau menghasilkan rentak yang tersendiri dan dimainkan serentak dengan bahagian muzik lain dalam ensembel sopogandangan. Lihat juga sanang. |
| engkerumong | engkerumong | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Engkerumong ialah (i) set yang terdiri daripada lima hingga la pan biji gong berbusut. Gong tersebut diletakkan mendatar di dalam rak kayu. Alat muzik ini dipukul dengan sepasang pemukul kayu. Sistem tiunannya tidak diselaraskan dan berfungsi sebagai alat melodi dalam ensembel engkerumong di Sarawak. Engkerumong ini dikenali juga sebagai gong chime, (ii) ensembel engkerumong terdiri daripada satu set engkerumong, sebiji tawag dan bandai, ketebong atau dumbak. Ensembel ini dimainkari oleh kaum Iban untuk mengiringi tarian Ngajat, dan (iii) sebiji gong kecil berbusut yang diletakkan mendatar. Gong ini dipukul dengan pemukul kayu dan dimainkan dalam ensembel gong besar kaum Bidayuh di Sarawak. |
| khong wong yai | khong wong yai | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional Thailand yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Alat muzik ini terdiri daripada set gong berbusut (gong chime) berbentuk bulatan yang berpic rendah. Set gong yang terdiri daripada 16-17 gong kecil berbusut ini terletak di atas tali di dalam rak kayu bulat. Pemain duduk di tengah bulatan menggunakan pemukul kayu berbalut untuk memukul gong berbusut. Khong wong yai memainkan melodi asas dalam ensembel mahori dan pi phat. |
| babandil | babandil | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional Filipina yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Babandil ialah gong besar berbusut yang tergantung dan berbingkai nipis. Babandil dipukul dengan pemukul buluh dan menghasilkan rentak asas dalam ensembel kulintang di Mindanao. Filipina Selatan. |
| gandingan | gandingan | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Gandingan terdiri daripada empat gong besar berbusut dan tergantung. Alat muzik ini berbingkai tebal dan dipukul dengan pemukul kayu yang berbalut. Gandingan dimainkan dalam ensembel kulintang di Filipina Selatan. |