| drawing room play | drama ruang tamu | Kesusasteraan | Tiada | Drama berlatarkan ruang tamu rumah dari awal hingga penghujung plot. Drama ini berkembang semasa zaman Victorian di United Kingdom. Drama Melayu beraliran realisme cenderung memaparkan latar ini. Contoh: Drama Tamu di Bukit Kenny karya Usman Awang dan Atap Genting Atap Rumbia karya Kala Dewata. |
| new comedy | komedi baharu | Kesenian | Drama dan Teater | Genre drama yang berlatarkan bandar dan mempunyai plot stereotaip dengan memaparkan watak daripada generasi tua yang mempunyai kuasa sosial yang menghalang hubungan cinta dan hasrat golongan muda, tetapi gagal. Contohnya, drama Ayam Jantan Ayam Betinakarya Malina Manja dan Atap Genting Atap Rumbiakarya Kala Dewata. |
| melodrama | melodrama | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk drama yang mempersembahkan hiburan yang bersifat sensasi dan penuh dengan emosi. Persembahan biasanya secara berlebih-lebihan dengan gambaran aksi ganas dan berdarah, berlatarkan gurun dan petir serta memaparkan makhluk sihir, hantu dan jembalang. Watak utama bersifat hitam putih dengan watak baik terlalu suci murni, sementara watak jahat pula terlalu durjana. Bentuk drama ini berasal dari Peancis dalam dekad 1760-an dan berkembang di Jerman beberapa tahun kemudian. Kebanyakan drama televisyen dan filem masa kini menggunakan bentuk drama ini, terutama sekali filem Hindustan. Antara contoh melodrama ialah Sweeney Todd: The Domon Barber of Fleet Street dan Under the Gaslight. |
| melodrama | melodrama | Kesenian | Drama dan Teater | Bentuk drama yang mempersembahkan hiburan yang bersifat sensasi dan penuh dengan emosi. Persembahan biasanya secara berlebih-lebihan dengan gambaran aksi ganas dan berdarah, berlatarkan guruh dan petir serta memaparkan makhluk sihir, hantu dan jembalang. |
| legend | legenda | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang memerikan secara berlebih-lebihan tokoh tertentu yang benar-benar wujud. Tokoh terdiri daripada ulama, wali, pemimpin, pahlawan atau wira yang popular. Legenda merupakan salah satu jenis sastera rakyat yang tersohor, dan sering kali dikaitkan dengan �tanda alam� di tempat berlakunya peristiwa penting yang diceritakan. Unsur luar biasa dan misteri menjadi ciri penting dalam legenda. Cerita legenda berlatarkan masa yang lebih hampir dengan cerita kontemporari, dengan latarnya sering dirujuk. Oleh itu, legenda merupakan satu-satunya genre cerita rakyat yang hidup dan terus dicipta. Legenda hampir sama dengan mitos, disampaikan dengan bahasa yang bersahaja, kadang-kadang bersifat stilistik dan formulaik, walaupun dicipta secara lisan. Namun sifat-sifat lisan tetap ada, contohnya unsur perulangan. Legenda boleh disampaikan oleh sesiapa sahaja dan tidak dihubungkan dengan sesuatu acara khas. Legenda berbentuk longgar, tidak memperlihatkan struktur atau plot yang tipikal dan hampir kesemuanya berbent |