| concave joint | sambungan cekung | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Sambungan yang dibentuk supaya melengkung di arah dalam atau berprofil lekuk. |
| de Never concept | konsep de Never | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Konsep yang menyatakan bahawa ciri pengaliran bendalir di dalam turus yang mengandungi apungan zarah adalah sepadan dengan ciri pengaliran bendalir berprofil parabola di dalam saluran tertutu. Konsep ini merupakan asas bagi persamaan Burke-Plummer dan Ergun. |
| burnout | fenomena laih | Psikologi | Psikologi Umum | Kecelaruan yang dialami oleh seseorang pekerja profesional akibat tahap stres yang melampau atau stres akut. Fenomena laih merangkumi perasaan sangat letih, hilang semangat, bimbang, kerap mengalami insomnia dan prestasi kerja yang menurun. Fenomena laih ialah hasil daripada keadaan tekanan kerja yang berpanjangan. Contohnya, seorang pegawai polis yang ditugaskan untuk menyiasat terlalu banyak kes jenayah berprofil tinggi akan mengalami fenomena laih. |