Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.te.ling.kah] | برتليڠکه

Definisi : 1. tidak sepakat, ber-balah, berbantah, berselisih: dua orang tokoh yg sentiasa ~; 2. banyak tingkahnya, banyak olahnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.te.ling.kah] | برتليڠکه

Definisi : tidak ber­sepakat; berselisih faham: Mereka sent­iasa ~, tidak pernah sepakat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bertelingkah

Peribahasa

Bertelingkah antan di lesung,
     ayam juga yang kenyang.

Bermaksud :

Dua orang berselisih tentang wang atau harta, orang lain (orang tengah) juga yang mendapat untung. bertelingkah = berselisih.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
international arbitral processproses timbang tara antarabangsaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaSalah satu kaedah perundangan bagi menyelesaikan pertelingkahan antara negara di dunia. Proses ini perlu mendapat persetujuan daripada pihak bertelingkah. Kaedah ini membenarkan pihak bertelingkah untuk memilih penimbang tara yang sesuai, undang-undang yang digunakan, dan tempoh masa yang diberikan untuk membuat keputusan dan menyelesaikan pertelingkahan tersebut. Keputusan daripada kaedah ini merupakan satu keputusan yang mengikat dan mesti dipatuhi oleh pihak bertelingkah.
arbitrationtimbang taraUndang-undangUndang-undang AntarabangsaProsedur yang digunakan oleh pihak-pihak yang bertelingkah dalam menyelesaikan masalah mereka di luar mahkamah melalui pihak ketiga. Orang atau pihak yang menyelesaikan sesuatu masalah pertikaian tersebut dikenali sebagai penimbang tara yang dipilih sendiri oleh pihak yang bertelingkah. Keputusan yang dibuat oleh penimbang tara adalah muktamad dan mengikat. Timbang tara boleh digunakan antara individu, kumpulan atau negara. Keputusan penimbang tara dikenali sebagai award.
arbitration tribunaltribunal timbang taraUndang-undangUndang-undang AntarabangsaBadan yang dianggotai oleh lebih daripada seorang individu yang berkelayakan terutamanya dalam bidang undang-undang. Badan ini bertanggungjawab membuat keputusan bagi menyelesaikan pertikaian antara pihak yang bertelingkah. Jumlah anggota tribunal perlu dalam jumlah yang ganjil, contohnya tiga atau lima orang. Cara pemilihan anggota tribunal boleh ditentukan oleh perjanjian timbang tara antara pihak yang bertikai atau berdasarkan kaedah prosedur timbang tara. Dalam timbang tara antara negara, pihak yang bertelingkah boleh mencadangkan anggota dari negara masing-masing tetapi mereka mesti bersetuju melantik anggota berkecuali bagi menganggotai tribunal tersebut. Jika pihak yang bertelingkah gagal mencapai persetujuan, perjanjian timbang tara boleh memberikan kuasa melantik kepada pihak ketiga.
peace treatytriti perdamaianSejarahTiadaPersetiaan yang dirangka dengan tujuan untuk mendamaikan dua pihak yang bertelingkah.
judicial noticenotis kehakimanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPeraturan dalam undang-undang keterangan yang membenarkan mahkamah menerima sesuatu fakta (termasuk undang-undang) yang diketahui umum tanpa perlu dibuktikan oleh pihak yang bertelingkah di dalam mahkamah. Melalui peraturan ini, sesuatu fakta boleh diterima oleh mahkamah jika kebenaran fakta tersebut terlalu jelas dan tidak boleh disangkal lagi. Dengan itu, pihak yang bertelingkah tidak memikul beban untuk mengemukakan bukti bagi menunjukkan kebenaran fakta tersebut. Contohnya, di Malaysia, umum mengetahui bahawa tarikh 31 Ogos ialah cuti umum, maka mahkamah nasional akan mengambil notis kehakiman tentang fakta ini, dan fakta ini tidak perlu dibuktikan lagi. Namun, dalam konteks undang-undang antarabangsa, mahkamah atau tribunal antarabangsa tidak boleh mengambil notis kehakiman tentang sesuatu fakta dari undang-undang nasional. Mahkamah antarabangsa memerlukan bukti tentang undang-undang nasional itu yang boleh diberi oleh pakar undang-undang nasional tersebut, malah boleh juga melakukan pen
peacemakerpendamaiSejarahTiadaOrang yang merancang atau mencari jalan tengah atau usaha berdamai antara pihak-pihak yang bertelingkah.
peace feelerura damaiSejarahTiadaOrang yang merancang atau mencari jalan tengah atau usaha berdamai antara pihak-pihak yang bertelingkah.
duel ordealujian pertarunganSejarahTiada1. Pertarungan antara dua orang atau pihak yang ditentukan kemenangannya berdasarkan perlawanan atau peperangan.,2. Konflik berpanjangan antara dua orang, idea atau kuasa-kuasa yang sering bertelingkah.
good officejasa baikUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKaedah penyelesaian pertikaian antarabangsa secara aman yang diusahakan oleh pihak ketiga, sama ada negara, pertubuhan antarabangsa atau individu terkemuka dengan mengajak negara-negara yang bertelingkah untuk berunding. Peranan pihak ketiga dalam penyelesaian suatu sengketa boleh juga berlaku atas permintaan pihak-pihak yang bersengketa atau atas inisiatif pihak ketiga tersebut menawarkan jasa baiknya untuk menyelesaikan sengketa. Jasa baik merupakan salah satu kaedah penyelesaian persengketaan antarabangsa secara damai berbanding dengan kaedah secara paksa atau kekerasan. Kaedah ini terkandung dalam Konvensyen The Hague 1899 dan 1907 tentang penyelesaian secara aman sengketa-sengketa antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang memberikan acuan cara-cara penyelesaian persengketaan antarabangsa.
International Court of Justice (ICJ)Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaMahkamah yang ditubuhkan pada tahun 1945 di The Hague, Belanda, dan merupakan satu daripada lima organ utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Mahkamah ini berperanan mendengar pertikaian antara negara dan seterusnya menyelesaikan pertikaian antara negara tersebut. Sesebuah negara boleh membawa kes pertelingkahan untuk diselesaikan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan negara-negara yang bertelingkah mestilah bersetuju pada bidang kuasa mahkamah tersebut. Sebarang keputusan yang dibuat oleh mahkamah tersebut hanya akan mengikat negara bertelingkah tetapi tidak mengikat negara-negara yang lain. Mahkamah ini juga mempunyai bidang kuasa memberi pendapat nasihat apabila diminta oleh Perhimpunan Agung, Majlis Keselamatan atau mana-mana badan yang dibenarkan oleh Piagam PBB. Mahkamah Keadilan Antarabangsa dikawal selia oleh Statut Mahkamah Keadilan Antarabangsa 1945.
12

Kembali ke atas