| kukut beruang(Ib.) | kukut beruang(Ib.) | Kesenian | Tiada | Gelung yang berbentuk kuku beruang. |
| cycle | kitar | Fizik | Mekanik | Satu siri peristiwa yang beruang-ulang secara sekata misalnya getaran, ayunan atau gelombang. |
| taurodont | taurodon | Perubatan | Tiada | Gigi abnormal berbentuk prisma dan beruang pulpa yang besar. |
| Thottea grandiflora | hempedu beruang | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan jenis renek dalam famili Aristolochiaceae yang dikenali juga sebagai seburut dan telinga kelawar. Hempedu beruang biasanya tumbuh di hutan tanah pamah, dan di kawasan yang agak terlindung dan lembap. Daunnya berbentuk bujur, lebar dan berbulu. Bunganya besar, keluar di bahagian batang dan berwarna merah hati. Air rebusan akar digunakan untuk mengubati demam, cirit-birit dan dijadikan tonik untuk ibu selepas bersalin. |
| koala | koala | Geografi | Tiada | Sejenis binatang herbivor, merupai beruang tetapi lebih kecil, yang terdapat di benua Australia. |
| rug | ambal | Kesenian | Hiasan Dalaman | Hamparan lembut, tebal, yang tidak melekat pada lantai serta tidak menutupi keseluruhan ruang rumah. Hamparan ini terdiri daripada pelbagai bentuk dan rekaan hiasannya diperbuat daripada kulit binatang yang diawet. Contohnya ambal beruang, ambal harimau atau ambal kambing biri- biri. Lazimnya, ambal dianggap lebih bernilai berbanding permaidani. |
| bear scratch | cakar beruang | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Corak yang dihasilkan akibat kerekotan ira kayu. Pada kayu yang sudah dikemas siap, corak ini kelihatan seperti bentuk mata memanjang yang menarik. |
| liquid hourly spaced velocity | halaju beruang mengikut jam cecair | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Nisbah kadar aliran isi padu cecair yang disuapkan ke dalam reaktor terhadap isi padu reaktor. Kadar aliran isi padu kerap digunakan dalam industri walaupun cecair tersebut akan meruap atau bercampur dengan bahan tidak balas lain sebelum disuapkan ke dalam reaktor. Singkatan LHSV. |
| carnivore | karnivor | Perubatan | Tiada | Mamalia berplasenta yang wujud dari zaman Paleosen hingga sekarang, termasuklah anjing, kucing, beruang, dan anjing laut, mempunyai gigi kanin yang terbentuk dengan kuat dan makanan utamanya adalah daging. |
| etimological tales | cerita etimologis | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang menceritakan asal usul sesuatu kejadian, sifat, peristiwa dll. Contoh: Asal usul Beruang Berekor Pendek, Asal Usul Majapahit, Asal Usul Melaka dll. |