| partition | sekatan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Dinding yang memisahkan bilik-bilik berdekatan yang biasanya diperbuat daripada bata, kayu atau papan lapis. |
| exchange voucher | baucar pertukaran | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Baucar yang mengandungi dokumen untuk penukaran perkhidmatan seperti bilik-bilik hotel dan restoran. |
| broch | rumah kubu | Sejarah | Tiada | Salah satu menara kubu zaman prasejarah yang terdapat di kepulauan Orkney dan Shetland, yang merupakan binaan dua tembok melingkungi bilik-bilik yang kecil. |
| interface | antara muka | Kesenian | Tiada | Satu permukaan atau ruang yang menjadi sempadan bersama atau berhubung kait di antara dua objek atau ruang. Contohnya, ruang koridor yang menjadi sempadan bersama di antara dewan terbuka dengan sebaris bilik-bilik atau penggunaan sebatang besi tembaga sebagai pembahagi di antara dua kemasan lantai yang berbeza seperti lantai marmar dengan lantai kayu. |
| density board | carta ketumpatan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sistem tempahan yang nombor biliknya tertakluk kepada jenis bilik sama ada bilik bujang, bilik ratu, bilik kembar dan sebagainya. |
| back of the house | ruang belakang pentas | Kesenian | Drama dan Teater | Kawasan di bahagian belakang pentas yang merangkumi bilik persalinan, bilik tatarias, bilik rehat dan bilik air pelakon. |
| accommodation plan | pelan tatasusun (kapal) | Sukan | Pelayaran | Pelan yang menunjukkan susun atur kabin, bilik penginapan, bilik makan, bilik rehat dan ruang-ruang penumpang bagi sesebuah kapal. |
| sitting room | bilik duduk | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sebarang bilik, terutama bersebelahan dengan bilik tidur, digunakan sebagai bilik untuk merai tetamu. |
| door stopper | penahan pintu | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Alat penahan yang diletakkan di pintu semasa tukang kemas bilik mengemas bilik yang menandakan bilik sedang dikemas apabila pintu bilik terbuka. |
| door bumper | penahan pintu | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Alat penahan yang diletakkan di pintu semasa tukang kemas bilik mengemas bilik yang menandakan bilik sedang dikemas apabila pintu bilik terbuka. |