| reluctance motor | motor engganan | Kejuruteraan | Tiada | Motor segerak, sama binaannya dengan motor aruhan, yang bilangan anggota yang membawa litar sekunder mempunyai kutub-kutub menonjol tetapi tiada pengujaan arus terus, bermula sebagai motor aruhan tetapi beroperasi biasanya pada laju segerak. |
| firmness | kekukuhan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perihal kuat dan tegap buatannya atau binaannya seperti binaan, benda dan lain-lain. |
| modular construction | pembinaan bermodul | Alam Bina | Tiada | Pembinaan yang menggunakan unit modul dalam kaedah pembinaan bangunan dan bahan binaannya. |
| prefab house | rumah pasang siap | Kejuruteraan | Tiada | Rumah yang dinding, bumbung dan lantai dibina di tempat yang bukan tapak binaannya, biasanya di kilang, dan kemudiannya dipasang di tapak. |
| tank | tangki | Kejuruteraan | Petroleum | Bekas yang diperbuat daripada logam, plastik atau kayu yang digunakan sebagai tempat menyimpan cecair. Umumnya, bekas ini besar dan binaannya kuat serta dijamin selamat penggunaannya. |
| villa rustica | vila rustika | Landskap | Tiada | Kediaman mewah yang direka bentuk supaya kelihatan usang. Reka bentuk ini menggunakan teknik pemilihan warna atau jenis bahan binaannya. |
| villa rustica | vila rustika | Landskap | Tiada | Kediaman mewah yang direka bentuk supaya kelihatan usang. Reka bentuk ini menggunakan teknik pemilihan warna atau jenis bahan binaannya. |
| storage tank | tangki storan | Kejuruteraan | Petroleum | Tangki yang digunakan untuk menyimpan minyak sebelum minyak tersebut dipindahkan ke talian paip atau dibeli oleh para pelanggan. Tangki ini biasanya besar dan binaannya kukuh supaya keselamatan penggunaannya terjamin. Umumnya, tangki ini diperbuat daripada kayu, besi keluli atau plastik dan dicat dengan warna yang terang bagi mencegah kakisan serta menunjukkan kehadirannya di sesuatu tempat. |
| fuel cell | sel bahan api | Teknik | Elektrik | Sel yang digunakan dalam kapal angkasa dan kapal selam. Pada permulaannya sel ini dibekalkan dengan bateri untuk mendapatkan gas hidrogen dan oksigen melalui proses tindak balas kimia, dan bateri ini kemudiannya ditanggalkan dari sel tersebut. Apabila beban meter disambungkan sel ini akan mengalirkan arus sehingga oksigen dan hidrogen dalam balang itu bersatu semula menjadi air. Antara kebaikan sel ini ialah tindak balas dan binaannya mudah, kecekapannya lebih baik, murah, dan tidak memerlukan tekanan yang tinggi. |