| bres | bres | Muzik | Tiada | Tanda ({) di sebelah kiri staf muzik yang menggunakan kedua-dua klef trebel dan bes daI am skor muzik. Tanda ini digunakan dalam skor muzik untuk piano, organ, hap dan marimba. |
| single-breasted | bres tunggal | Kesenian | Tiada | Belahan hadapan kot yang mempunyai sebaris kancing. |
| double breast collar | kolar dubel bres | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
| double breasted front | belah dubel bres | Kesenian | Tiada | Belahan pada hadapan pakaian yang bertindih lebar dan dikancing dengan dua baris butang. |
| English coat | kot Inggeris | Kesenian | Tiada | Jaket dubel bres paras paha, berkolar lapel dan berkocek tutup, pakaian wanita Inggeris pada tahun 1890-an. |
| Hungarian suit | sut Hungari | Kesenian | Tiada | Tunik dubel bres bertali pinggang dan berkancing sisi, berkolar lipat kecil, tutup kocek dan manset dihiasi pita brid. Dipadankan dengan seluar sama sendat paras lutut dan but joki. |
| English walking jacket | jaket siar Inggeris | Kesenian | Tiada | Jaket bres tunggal, berkolar lapel, longgar bahagian hadapan, sama sendat pada garis pinggang bahagian belakang, dan kembang ke kelepet untuk membentuk peplum dan mempunyai lengan bermanset lebar berlipat, dipakai oleh wanita Inggeris pada tahun 1870-an. |
| English wrap | jaket Inggeris | Kesenian | Tiada | Jaket pendek longgar dubel-bres yang berkolar atau berkerudung. Dipakai oleh lelaki Inggeris pada pertengahan abad ke-19. |
| Prince Albert coat | kot Putera Albert | Kesenian | Tiada | 1. Kot prok bres dubel berkolar lapel daripada fabrik baldu. Dipakai untuk menghadiri upacara rasmi pada akhir abad ke-18 hingga tahun 1920.,2. Kot sama sendat berbres dubel, paras lutut, berlapel dan berkolar lipat. Terdapat dua lisu di tengah belakang yang ditetapkan dengan butang. |
| jingger button | butang sorok | Kesenian | Tiada | Istilah untuk butang yang tersembunyi pada bahagian luar lapel kot dubel bres. Digunakan untuk mengancing lapel yang lebar. Pakaian lelaki pada abad ke-19. |