Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buah naga


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
plant introductionpengenalan tanamanPertanianAgronomi

Penanaman tumbuhan atau tanaman baru yang dibawa masuk dari luar negara. Contohnya, buah naga (Hylocereus polyrhizus) dibawa masuk dari Vietnam, dan pokok jarak (Jatropha curcas) berasal dari Mexico.

xerophytexerofitHerbaTiadaTumbuh-tumbuhan yang telah menyesuaikan hidup sehingga tahan atau boleh hidup dalam keadaan kering. Contoh herba xerofit ialah kaktus dan buah naga.
plantation horticulturehortikultur perladanganPertanianAgronomi

Perladangan yang melibatkan tanaman hortikultur, seperti buah-buahan. Contohnya, belimbing, jambu batu, nanas, pisang dan buah naga. Lihat juga perladangan.

trellisjunjungPertanianAgroteknologiStruktur bertiang yang dibina untuk menyokong tanaman bertabiat memanjat atau menjalar seperti kacang panjang, timun, buah naga dan anggur. Penggunaan struktur ini bertujuan supaya tanaman mendapat permukaan yang lebih luas untuk tumbuh dan seterusnya memberi hasil buah yang lebih tinggi berbanding jika ditanam tanpa junjung.
bulbilbulbilHerbaTiada1. Tunas aksil berisi yang menghasilkan tumbuhan baharu selepas luruh. Contohnya, setawar (Bryophyllum pinnatum). 2. Sebarang organ tunas yang berbentuk bebawang. 3. Bebawang sekunder yang dihasilkan pada bahagian aerial tumbuhan. Contohnya, buah naga (Hylocereus undatus).
ClimactericKlimakterikPertanianAgronomi

Saat akhir proses kemasakan buah dan permulaan proses penuaan. Klimakterik merupakan peringkat puncak proses kemasakan buah yang berkait rapat dengan pengeluaran etilina dan peningkatan kadar respirasi yang mendadak. Selepas klimakterik, kadar respirasi akan turun kepada kadar biasa. Klimakterik juga akan menyebabkan perubahan lain kepada buah seperti perubahan pigmen yang menukarkan warna buah dan peningkatan kandungan gula. Peringkat klimakterik adalah peringkat buah dalam keadaan paling baik untuk dimakan dari segi rasa dan tekstur buah itu. Buah-buahan klmakterik seperti  pisang, mangga dan jambu boleh dipetik semasa muda kerana proses klimakterik akan berlaku walaupun telah dipetik. Sebaliknya, buah tak klimakterik seperti buah naga, oren dan limau perlu dipetik apabila telah masak di pokok.


Kembali ke atas