Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buah-bahan 1


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
herbherbaPentadbiran PerniagaanTiada1. Biji atau buah dari tumbuhan renek sebagai bahan perasa atau bahan aroma.,2. Tumbuhan yang daunnya sebagai bahan perasa, bahan aroma atau ubat.
herbherbaPerubatanTiada1. Biji atau buah dari tumbuhan renek sebagai bahan perasa atau bahan aroma.
pulppulpaMakanan dan PemakananTeknologi Makanan1. Bahagian mesokarpa buah yang lembut dan sukulen. 2. Bahan lembut yang tertinggal apabila sayur-sayuran atau buah-buahan diperah airnya dengan menggunakan tekanan.
collectionkoleksi/kumpulan; pungutan/kutipan; pemungutan; pengumpulanPerpustakaanTiada1. Koleksi: Beberapa buah buku atau bahan lain tentang sesuatu subjek yang dikumpulkan oleh individu atau organisasi.,2. Dalam aspek bibliografi, karya-karya yang terkumpul di bawah suatu subjek.,3. Seorang penulis yang menghasilkan tiga atau lebih karya bebas yang diterbitkan dalam satu penerbitan.
volatile oilminyak meruapHerbaTiadaMinyak pati yang berbau dan mudah meruap. Minyak ini diperoleh daripada bahan herba, contohnya daun, bunga, buah, kulit kayu dan lain-lain melalui penyulingan stim, penyulingan air, pemerahan atau diekstrakkan dengan pelarut mudah meruap. Komponen utama minyak pati terdiri daripada terpena dan terbitannya. Minyak meruap digunakan sebagai bahan perisa (minyak limau purut), bahan wangian (minyak gaharu) atau sebagai bahan pemula untuk sintesis sebatian lain (minyak terpentin). Untuk tujuan terapeutik, minyak meruap digunakan secara sedutan (minyak eukaliptus) dan ubat kumur (timol). Lazimnya kepekatan yang digunakan ialah 1-3% dalam minyak urut, 10 titik untuk air mandian atau 3-5 titik untuk pengewapan. Kawalan kualiti kandungan minyak meruap diukur melalui kaedah penyulingan stim dengan peralatan piawai. Contohnya, British Pharmacopoeia mengehadkan nilai minyak meruap piawai bagi biji buah pelaga tidak kurang 4.0%v/w dan minyak pati bagi kulit kayu manis tidak kurang 1.0%v/w. Sinonim minyak pati.
p-phenylenediamine poisoningkeracunan p-fenilenadiaminaKimiaForensikKeracunan akibat penyedutan, penyerapan kulit, atau pengingesan p-fenilenadiamina (formula kimia, C6H8N2), iaitu bahan yang digunakan dalam pencelup. Bahan ini boleh menyebabkan metemoglobinimea, pemekaan, kerengsaan, kerosakan kornea, kerosakan buah pinggang dan hati, dan kesan pada sistem saraf pusat. Tanda utama keracunan ialah sianosis dan demam kuning. Dermatitis yang terjadi dicirikan dengan kulit berair, berkuping, dan gatal. Had pendedahan ialah 0.1 mg/m3), dan LD50 ialah 100 mg/kg. Penemuan patologi dalam kematian akut termasuk darah berwarna coklat, hemolisis dan kerosakan buah pinggang, hati dan limpa.
dichloroethylene poisoningkeracunan dikloroetilenaKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada I,I-dikloroetilena atau 1,2-dikloroetilena. Sebatian I,I-dikloroetilena merengsakan membran mukus, kulit, paru-paru, dan kornea, serta menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang, dan menjejaskan sistem saraf pusat. I, l-dikloroetilena digunakan sebagai bahan perantara dalam pembuatan plastik. Bahan ini juga bersifat karsinogenik. Had pendedahan kepada bahan ini ialah 10 ppm dan dos parah (LD50) ialah 5750 mg/kg. Sebatian 1, 2-dikloroetilena pula merengsakan membran mukus, kulit, paruparu dan kornea, dan memberi kesan pada sistem saraf pusat. Bahan ini digunakan sebagai pelarut lemak, fenol, kamfor dan sebagainya. Had pendedahan kepada bahan ini ialah 200 ppm dan dos parah ialah 770 mg/kg.
volatile oil determinationpenentuan minyak meruap/patiHerbaTiadaProsedur penentuan kandungan minyak meruap/pati dalam bahan herba. Nilai peratusannya merupakan ukuran kualiti bahan mentah dan sediaan herba. Kandungan minyak biasanya meruap/pati dalam sejumlah berat bahan diukur dengan kaedah penyulingan stim menggunakan peralatan Clavenger. Contohnya, menurut British Pharmacopoeia, had piawai minyak meruap/pati bagi biji buah pelaga ialah tidak kurang daripada 4.0%v/w dan bagi kulit kayu manis ialah tidak kurang daripada 1.0%v/w.
cyclonitesiklonitKimiaForensikFormula kimia, C3H6N6O6. Pepejal berhablur putih dengan takat lebur 203.5�C. Bahan ini larut dalam aseton, larut sedikit dalam metanol, eter, etil asetat dan asid asetik glasial, tetapi tak larut dalam air, karbon tetraklorida dan karbon disulfida. Siklonit digunakan sebagai bahan letupan yang 1.5 kali lebih kuat berbanding TNT, dan juga sebagai racun tikus. Siklonit menjadi toksik apabila tersedut atau tersentuh pada kulit. Had pendedahannya ialah 1.5 mg/m3 Siklonilboleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan hati, kesan pada sistem saraf pusat, dan anemia. Nama lain, RDX.
borax poisoningkeracunan boraksKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada boraks (natrium borat, formula kimia, Na2B4O7.10H2O), iaitu bahan yang digunakan sebagai agen pencuci. Dos parah ialah 0.1 g/kg - 0.5 g/kg, dan had pendedahan ialah 5 mg/m3. Keracunan akut akibat pengingesan bahan ini me- nyebabkan emesis yang biasanya terjadi serta-merta. Jika boraks tidak dikeluarkan, perkembangan secara progresif yang berikut terjadi, iaitu muntah dan cirit-birit bermukus dan berdarah, eritroderma, diikuti dengan deskuamasi, ekskoriasi, melepuh, bula, dan selumur epidermis. Kelesuan, otot muka dan bahagian hujung anggota terketar-ketar diikuti dengan konvulsi, hiperpireksia, demam kuning, dan kerosakan buah pinggang dengan oliguria atau anuria, dan akhirnya sianosis, tekanan darah rendah, pengsan, koma, dan mati. Keracunan kronik akibat pengingesan, penyerapan kulit, atau penyerapan melalui liang badan atau membran mukus yang berpanjangan menyebabkan anoreksia, hilang berat badan, muntah, cirit-birit, ruam kulit, alopekia, konvulsi, dan anemia. Penemuan
12

Kembali ke atas