| festoon | hiasan berangkai | Kesenian | Seni Bina | Hiasan yang dibuat dalam bentuk kalungan bunga-bungaan, daun-daun atau reben yang digantung secara melengkung di antara dua titik hujung. Contohnya, hiasan berangkai bunga-bungaan yang diletakkan di bahagian atas dinding atau pintu gerbang akan menjadikan pintu masuk sesebuah bangunan itu kelihatan lebih menarik. |
| arabesque | hiasan kearaban | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Hiasan yang terdapat pada struktur bangunan seperti masjid dan rumah kediaman. Bentuk hiasan yang dihasilkan dengan menggunakan corak garisan dan saling bertindih atau digabungkan untuk menghasilkan unsur kesenian yang indah. Antara bentuk yang biasa dihasilkan ialah bunga, daun, binatang, geometri atau gabungan antara garis geometri. Contohnya, pada bahagian hadapan atas rumah Syed Al-Atas di Pulau Pinang, hiasan ini dibentuk dengan corak yang mengelilingi bahagian simen, manakala di masjid pula, hiasan kearaban dapat dilihat pada hiasan garis persegi lapan yang dijalin dalam bentuk garisan bersilang. |