| chickenpox | cacar air | Perubatan | Tiada | Penyakit berjangkit yang disebabkan virus varicella zoster. Penyakit ini bercirikan demam, sakit kepala dan ruam berair yang tersebar ke seluruh badan. |
| chickenpox | cengkering/cacar air | Perubatan | Tiada | Penyakit mudah berjangkit dengan gejala seperti sakit kepala, demam dan meracau, diikuti dengan bintik-bintik yang tumbuh serentak, dicirikan oleh makula, vesikel, popula dan berkerak. |
| varicella | varisela/cacar air | Perubatan | Tiada | Penyakit yang disebabkan jangkitan virus varicella zoster. Penyakit ini bercirikan demam dan ruam vesikular yang menyeluruh. |
| chicken pox | cacar air | Perubatan | Tiada | Infeksi virus varisela yang disertai dengan demam dan letusan pada kulit; letusan ini pada mulanya berbentuk eritema yang kemudiannya menjadi papul, berlepuh dan bernanah. Sin: varisela |
| chickenpox | cengkering | Biologi | Mikrobiologi | lih: cacar air. |
| varicella | varisela | Perubatan | Tiada | Lihat cacar air. |
| chickenpox | cacar air | Biologi | Mikrobiologi | Cacar yang disebabkan oleh herpivirus pada manusia, terutamanya kanak-kanak. Gejala penyakit ini bermula dengan demam panas dan pembentukan vesikel. Cengkering. |
| herpesvirus | herpesvirus | Perubatan | Tiada | Segolongan virus DNA yang mengakibatkan penyakit, seperti cacar air dan herpes zoster. |
| varicella-zoster virus (VZV) | virus varisela-zoster | AIDS | Tiada | Virus herpes yang menyebabkan cacar air dan kayap. Penyakit kayap sering berulang dan lebih teruk pada pesakit terimuno-kompromi. |
| shingles | kayap | AIDS | Tiada | Penyakit kulit bercirikan lecur dan sakit serta bertaburan sejajar pda sebelah tubuh. Penyakit ini disebabkan oleh virus varisela zoster yang timbul semula selepas penyakit cacar air dan sering berulang serta menjadi lebih teruk pada pesakit terimunokompr |