| camphor | kapur barus | Fizik | Tiada | Tiada |
| camphor | kapur barus | Perhutanan | Tiada | Tiada |
| camphor | kapur barus | Kimia | Tiada | 2. Sebatian keton, takat lebur 178oC, takat didih 204oC, wujud dalam bentuk hablur berwarna putih, larut sedikit di dalam air dan larut di dalam alkohol, kloroform, eter dan karbon disulfida, C10H16O. |
| camphor spirit | spirit kamfor | Farmasi | Tiada | Larutan 10% kamfor dalam alkohol yang digunakan untuk menghilangkan rasa sakit. |
| camphor | kamfor | Kimia | Biokimia | Sebatian keton yang larut sedikit di dalam air, larut di dalam alkohol, eter, kloroform, karbon disulfida dan nafta pelarut, dan memejalwap dengan perlahan-lahan pada suhu bilik. Sebatian yang terdapat di dalam kayu pokok kapur barus ini, digunakan sebagai pelindung kulat, serbuk ubat gigi dan dalam bidang perubatan. |
| camphor | kamfor | Kimia | Tiada | Sebatian keton, formula C10H16O, takat lebur 178oC, takat didih 204oC, wujud dalam bentuk hablur berwarna putih, memejalwap pada suhu bilik, larut sedikit di dalam air dan larut di dalam alkohol, kloroform, eter dan karbon disulfida. Kamfor terdapat semula jadi di dalam pohon kapur barus, Cinnamomum camphora, dan digunakan untuk membuat ubat-ubatan, racun serangga, dan bahan letupan. Nama umumnya ialah kapur barus. |
| camphor | kapur barus | Kimia | Tiada | Lihat kamfor. |
| camphor | kapur barus | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Formula C10H16O. Bahan berhablur berwarna putih yang mempunyai bau berciri, yang diperolehi secara semula jadi daripada kayu pokok kapur barus, Cinnamomun camphora, dan boleh juga dihasilkan secara sintetik di makmal. Bahan ini larut sedikit dalam air dan larut dalam kebanyakan pelarut organik dan digunakan dalam pembuatan seluloid, bahan peletup, dan juga ubat-ubatan. |
| camphor poisoning | keracunan kamfor | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pengingesan kamfor, iaitu bahan yang terdapat dalam seselengah ubat gegat dan minyak kamfor. Tanda utama keracunan akut ialah konvulsi. Gejala keracunan ialah pedih dalam mulut dan 'kerongkong, sakit epigastrik, rasa dahaga, loya dan muntah, cemas, pening, kelakuan tak rasional, pengsan, kaku, nadi cepat, pernafasan periahan, terketar-ketar otot muka, spasma otot, dan konvulsi. Dos parah adalah lebih kurang 1 g untuk kanak-kanak berumur 1 tahun, dan had pendedahan ialah 2 ppm. Penemuan patologi termasuk kesesakan dan perubahan edematus dalam saluran gastrousus, buah pinggang dan otak. |
| camphor oil | minyak kamfor | Kimia | Forensik | Larutan kamfor dalam minyak, misalnya minyak eukaliptus, turpentin dan arakis, yang digunakan secara luaran sebagai bahan bantu pernafasan dan perangsang. |