| salam certificates | sijil salam | Ekonomi | Ekonomi Islam | Sijil yang mencatatkan tawaran pengeluar untuk menjual kuantiti barangan dan perkhidmatan yang telah dikenal pasti pada harga yang ditetapkan berdasarkan prinsip bai‘al-salam. Pengeluar boleh menggunakan dana tunai yang diperoleh secara terus dan menawarkan komoditi tersebut pada masa hadapan. Pemegang sijil boleh menjual sijilnya mengikut harga di pasaran apabila barangan dan perkhidmatan tersebut telah wujud. Lihat juga bon salam. |
| takaful certificates | sijil takaful | Ekonomi | Ekonomi Islam | Dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh syarikat pengendali takaful kepada peserta yang menyertai sesuatu skim atau pelan takaful. Dokumen ini merupakan akad bertulis yang menyatakan dengan terperinci segala hak dan tanggungjawab setiap pihak bersama-sama syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi. Sijil ini merupakan salah satu daripada dokumen penting yang diperlukan semasa membuat tuntutan. Contohnya, Sijil Pelan Takaful Keluarga, Sijil Takaful Kenderaan Berenjin dan Sijil Takaful Ganda Janji. |
| Renewable Energy Certificates (RECs) | Sijil Tenaga Boleh Diperbaharui (RECs) | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Alam Sekitar | Dokumen pengesahan yang menyatakan sesuatu organisasi atau syarikat telah menjana tenaga elektrik daripada sumber tenaga boleh diperbaharui. |
| musharakah convertible income certificates | sijil musyarakah pendapatan boleh ubah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Instrumen kewangan yang boleh diapungkan dan mempunyai kadar pulangan yang berubah. Instrumen ini mula diperkenalkan di pasaran oleh Investment Finance Corporation pada 1993. Instrumen ini biasanya, mempunyai tempoh matang jangka panjang dan kadar pulangannya dikaitkan dengan kadar dividen tahunan saham biasa musyarakah. Instrumen boleh diubah kepada saham biasa musyarakah pada harga buku dan boleh diurusniagakan di pasaran modal. |
| tradable Islamic financial assets certificates | sijil aset kewangan Islam boleh niaga | Ekonomi | Ekonomi Islam | Lihat sukuk boleh niaga. |
| non-tradable zero-coupon certificates | sijil kupon sifar tak boleh niaga | Ekonomi | Ekonomi Islam | Lihat sukuk tak boleh niaga. |