Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata chicago


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Chicago SchoolSekolah ChicagoKesenianSeni BinaGaya pemikiran seni bina yang dibangunkan oleh dua pengamal seni bina di Chicago, iaitu Burnham dan J.W. Root. Gabungan pemikiran mereka telah membangunkan perwatakan gaya seni bina yang dinamakan Chicago School dan telah terkenal di seluruh dunia. Dalam sejarah seni bina, Sekolah Chicago ialah sebuah institusi seni bina yang aktif di Chicago pada awal abad ke-20. Melalui gaya ini, teknologi baharu pembinaan rangka keluli dalam bangunan perdagangan telah dibangunkan selain pembinaan ruang estetik atau keindahan ruang yang selari dengan perkembangan modenisme yang berlaku di Eropah. Sekolah Chicago yang kedua, kemudiannya muncul pada tahun 1940-an dan 1970-an yang merintis teknologi bangunan baharu dalam sistem struktur seperti struktur tiub berbingkai. Antara ciri pendekatan Sekolah Chicago ialah penggunaan kerangka keluli untuk bangunan dengan kemasan batu, kawasan tingkap plat kaca besar dan jumlah hiasan luar yang terhad. Kadangkala, unsur-unsur seni bina neoklasik digunakan dalam bangunan pencakar lan
Chicago blueChicago biruKimiaTiadaTiada
Chicago caissonkaison ChicagoKejuruteraanTiadaTiada
Chicago stylegaya Chicago-TiadaGaya penulisan dan penerbitan yang dikeluarkan olehChicago University Press.
City Beautiful MovementGerakan Keindahan KotaLandskapTiadaKumpulan orang awam dan profesional di Amerika Syarikat yang muncul sesudah Eksposisi Agung Chicago. Mereka aktif dalam menyedarkan kerajaan supaya membangunkan dan mengindahkan bandar raya di negara tersebut.
little theatreteater kecilKesusasteraanTiadaTeater yang muncul pada awal kurun ke-20 di Amerika. Kemunculannya bertujuan untuk membebaskan bentuk drama dan kaedah produksi drama daripada kekangan tuntutan teater komersial. Pergerakan Little Theatre mengasaskan banyak pertubuhan atau pusat drama kecil yang bersifat eksperimental. Antara kumpulan Little Theatre ialah Chicago Little Theatre, The Toy Theatre of Boston, The Neighbourhood Playhouse di New York. Selepas perang, hampir kesemua kumpulan Little Theatre menukar status mereka, sama ada menjadi kumpulan separa profesional atau profesional atau diserapkan ke dalam komuniti teater. Pergerakan teater ini memainkan peranan penting dalam menyumbangkan idea dan amalan berteater di Amerika. Antara dramatis yang memulakan kerjayanya di Little Theatre ialah Eugene O�Neill.
behaviouralismbehaviouralismeSains PolitikPolitik PerbandinganPendekatan yang menjelaskan persoalan fakta dalam sesuatu analisis politik. Menurut pendekatan ini, sesuatu kajian atau analisis politik perlu mengambil kira faktor ekonomi, sosial dan psikologi. Pendekatan ini cuba memahami politik dengan melihat perkaitan antara elemen tingkah laku masyarakat seperti sikap, kepercayaan, nilai, norma dan adat dengan aspek politik seperti pilihan raya, parti politik, penyertaan politik kumpulan pendesak, revolusi dan sebagainya. Pendekatan ini juga tidak melihat politik hanya bersifat keinstitusian seperti parlimen, kerajaan, legislatif, kehakiman dan pentadbiran awam. Dalam konteks ilmu politik, pendekatan ini muncul kesan daripada reaksi intelektual untuk menjadikan disiplin politik lebih bersifat holistik dan saintifik. Pendekatan ini diperkenalkan oleh Charles E. Merriam dari Universiti Chicago pada tahun 1940-an dan kemudiannya dikembangkan oleh anak murid beliau antaranya V.O. Key, David B. Truman, Herbert Simon dan Gabriel Almond yang lebih popular dikenali sebagai "
Nielsen ratingpenarafan NielsenKomunikasiKorporatKaedah mengesan tindak balas khalayak terhadap media, mengenali sifat khalayak, dan mengenal pasti hubungan khalayak dengan media. Jenis kajian pengesanan yang biasa dilakukan adalah mengesan pola dan kekerapan pendedahan khalayak pada media, peringkat pendedahan dan kesukaan terhadap barangan, dan aspek lain yang berkaitan dengan maklum balas pemasaran. Apabila sistem televisyen beralih kepada sistem digital, kaedah pengukuran khalayak telah menggunakan alat ukur yang dikenali sebagai meter Active/Passive (A/P). Meter A/P ini merupakan alat yang boleh menentukan atau menetapkan jenis rancangan dan masa menonton. Sebelum itu, syarikat penarafan Nielsen telah memperkenalkan teknologi Local People Meter untuk mengukur khalayak media di kawasan metropolitan yang aktiviti perniagaannya aktif, seperti New York, Los Angeles, dan Chicago di Amerika Syarikat. Pada akhir kurun ke-20, syarikat penarafan khalayak yang dimiliki oleh syarikat AGV Nielsen telah menguasai pasaran aktiviti penarafan khalayak dunia terutamany

Kembali ke atas