Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diancam


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
timber deadmanpelunggol kayuLandskapTiadaStruktur kayu yang diancam dalam tanah yang berfungsi sebagai pemegang kabel penyokong tiang.
preservationpemuliharaanKesenianTiadaPemulihan serta pemeliharaan sesebuah karya khususnya karya masa lampau daripada diancam oleh kerosakan dan pemusnahan.
contributions of salvage expensessumbangan belanja salvajPentadbiran PerniagaanTiadaPerbelanjaan untuk menyelamatkan harta daripada diancam oleh sesuatu kebakaran, yang diagihkan secara prorata di antara insured dengan insurer seperti yang disyaratkan dalam polisi.
endangered speciesspesies terancamPerikananTiadaSpesies flora dan fauna yang bilangannya terlalu kecil sehingga diancam kepupusan disebabkan oleh eksploitasi melampau atau kemusnahan habitat. Senarai spesies terancam dikeluarkan oleh International Union for Conservation of Nature (IUCN). Contoh spesies yang terancam ialah penyu belimbing, ikan kelisa dan terumbu karang.
threatened speciesspesies terancamKejuruteraanTiadaTumbuhan dan haiwan yang kadar pembiakannya susut kepada satu tahap yang populasinya amat kecil dan diancam kepupusaan.
forced labourburuh paksaAlam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)SosialIndividu yang terpaksa melakukan sebarang kerja atau perkhidmatan kerana diancam dengan hukuman.
civil-military relationshubungan awam-tenteraSains PolitikPolitik PerbandinganHubungan polilik yang wujud antara masyarakat dengan institusi ketenteraan. Hubungan ini boleh bersifat profesional iaitu hubungan awam-tentera yang terbatas dalam hal-hal yang berkait rapat dengan kepentingan awam terhadap institusi tersebut seperti keselamatan dan melindungi kepentingan awam. Tentera akan bertindak apabila kepentingan awam diancam oleh anasir subversif dari dalam atau luar. Hubungan ini juga bersifat politik iaitu pihak tentera bukan sahaja bertindak sebagai institusi yang melindungi keselamatan awam, tetapi juga mempunyai pengaruh yang kuat dalam urusan pemerintahan. Pihak tentera akan campur tangan dalam urusan pemerintahan apabila mendapati kerajaan awam tidak mampu menangani masalah krisis ekonomi atau politik yang serius. Contohnya, di Malaysia hubungan awam-tentera bersifat profesional manakala Indonesia di bawah Soeharto hubungan awam-tentera bersifat politik
intergroup conflictkonflik antara kelompokPsikologiPsikologi UmumKonflik yang wujud antara kelompok apabila satu kelompok menanam perasaan benci dan prejudis terhadap kelompok lain. Antara kepercayaan negatif yang boleh mewujudkan kebencian terhadap kelompok lain ialah superioriti, ketidakadilan, kerapuhan hubungan dan saling tidak mempercayai. Contohnya, jika individu dalam satu-satu kelompok terasa dieksploitasi secara tidak adil, ditindas, dihina atau diancam akan berkemungkinan menyebabkan konflik yang membawa kepada permusuhan.
determinacyketetapanKesusasteraanTiadaKestabilan sesuatu teks yang bersandarkan ketetapan. Ada lima ketetapan, iaitu pertama, bahasa boleh mengungkap maksud yang stabil. Kedua, maksud yang tersirat dalam sesebuah teks bersandarkan kepada konteksnya. Ketiga, maksud yang disampaikan dalam teks dikawal oleh penulis. Keempat, sesebuah karya mempunyai struktur tertentu dan pasti berakhir dengan penutupan, dan kelima, kritikan sastera hanyalah aktiviti sampingan dalam penghayatan karya tersebut. Kelima-lima ketetapan ini mementingkan aspek menyeluruh yang mengesahkan kepentingan diri dan kehendak manusia. Kepentingan ketetapan untuk menghayati sesuatu karya mula diancam dengan perkembangan teori strukturalisme dan pascastrukturalisme. Kestabilan yang diketengahkan dengan ketetapan mula dipersoalkan. Hal ini menyebabkan maksud sesuatu teks sukar dipastikan, dan akhirnya menimbulkan keraguan terhadap erti sebenar karya.

Kembali ke atas