| verbless poetry | puisi tanpa kata kerja | Kesusasteraan | Tiada | Puisi sintaksis yang tatabahasanya lebih bergantung pada konstruksi substantif berbanding konstruksi predikat. Oleh itu, puisi tanpa kata kerja mempunyai sifat yang lebih statik dan berupa refleksi diri, biasanya terdapat dalam puisi simbolis dan surealis. Pandangan pengkritik terhadap puisi ini berbeza dengan pandangan penyair aksi daripada tradisi puisi futuris. Sama ada puisi ini melangkah menuju ke arah puisi pasca-romantik atau sebaliknya, ia masih dibahaskan. Puisi pasca-romantik mengatakan bahawa sesebuah puisi harus mencontohi bahasa seharian. |
| Act of Parliament | Akta Parlimen | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keputusan yang diambil oleh Parlimen untuk memelihara kepentingan masyarakat apabila muncul sesuatu isu yang memerlukan reaksi segera dari parlimen. Tindakan ini biasanya merujuk kepada persetujuan yang bersifat sebulat suara oleh ahli-ahlinya. Contohnya, Parlimen Malaysia mengambil keputusan mengutuk tindakan Amerika Syarikat di bawah pentadbiran George Bush Jr. yang menyerang Iraq pada tahun 2003 tanpa mandat daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Tindakan Parlimen Malaysia ini dibahaskan di Parlimen serta mendapat kolektif persetujuan ahli. |