Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibelanjakan

Peribahasa

Harap hendak meraup,
     tidak boleh menggenggam.

Bermaksud :

Segala harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah. (Peribahasa lain yang sama makna: Harap hendak melonjak, kopiah pesuk). meraup = mencedok dengan tangan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
iceberg effectkesan terumbu karangTeknologi MaklumatTiadaHasil pembangunan sistem yang melibatkan kurang daripada 20% dibelanjakan untuk pembangunan, manakala lebih 80% dibelanjakan terhadap penyenggaraan sistem.
cost effectivenesskeberkesanan kosKejuruteraanTiadaUkuran sejauh mana wang telah dibelanjakan dengan berkesan untuk sesuatu.
consumption taxcukai penggunaanEkonomiTiadaCukai yang dikenakan terhadap jumlah barang dan perkhidmatan yang dibelanjakan oleh pengguna. Jumlah cukai yang dibayar berbeza mengikut perbelanjaan pengguna. Sebenarnya cukai yang dikenakan terhadap pengeluar boleh dipindahkan kepada pengguna dengan menaikkan harga barang. Cukai penggunaan berbentuk regresif.
budgeting planrancangan pembelanjawananPengurusanPerancanganSuatu kaedah dalam proses perancangan yang menentukan cara wang atau peruntukan akan dibelanjakan terhadap setiap aktiviti yang terlibat dalam organisasi. Rancangan pembelanjawanan diwujudkan untuk menentukan sama ada organisasi akan mempunyai dana yang mencukupi atau sebaliknya. Tindakan ini perlu untuk memastikan pelaksanaan perancangan aktiviti mampu mencapai matlamat organisasi dalam tempoh yang ditetapkan. Contoh rancangan pembelanjawanan ialah tindakan untuk meningkatkan dana melalui jualan syer atau menarik pelabur yang berminat dengan rancangan perniagaan organisasi.
cost reimbursement contractkontrak bayar gantiAlam BinaTiadaTatacara kontrak yang kliennya membayar ganti kos asas bersih yang dibelanjakan oleh kontraktor
cost analysis of health programanalisis kos program kesihatanKejururawatanTiadaPenilaian perbelanjaan sesuatu program kesihatan berdasarkan jumlah wang yang dibelanjakan dengan keberkesanan hasil program.
junk foodmakanan rapuMakanan dan PemakananTeknologi MakananMakanan yang kurang sesuai untuk kesihatan dan mempunyai satu atau lebih daripada ciri-ciri berikut: (i) Mempunyai sedikit atau tiada nilai pemakanan dan tidak berpadanan dengan nilai wang yang dibelanjakan; (ii) mengganggu cara amalan tradisional atau cara pemakanan yang baik dan boleh memberi kesan buruk atau keadaan malnutrisi; (iii) mengganggu kesihatan disebabkan kandungan garam, gula dan kanji yang tinggi dan sedikit serat; (iv) membahayakan kesihatan pengguna disebabkan mengandungi bahan kimia, bahan tambah, atau bahan awet. Contoh makanan rapu ialah makanan snek dan gam kunyah.
development constraintshalangan pembangunanPentadbiranPentadbiran Awam

Aral, gangguan, rintangan dan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pihak berwajib dalam proses membina, memajukan, mengembangkan dan memodenkan negara. Terdapat pelbagai bentuk halangan pembangunan seperti masalah sosial, kewangan, kemiskinan, pengangguran, inflasi, perpecahan dalam masyarakat, rasuah, teknologi dan lain-lain lagi. Rintangan dan halangan tersebut akan membantutkan usaha pihak pemerintah untuk membangunkan negara. Sebagai contoh, pihak kerajaan terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang banyak dalam usaha membasmi masalah sosial seperti penagihan dadah, yang mana sepatutnya wang tersebut boleh dibelanjakan untuk membangunkan kemudahan infrastruktur dan pelbagai lagi kemudahan kepada masyarakat.


Kembali ke atas