Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibubarkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sessionpenggalUndang-undangTiadaPersidangan Majlis yang bermula dari permulaan Majlis bermesyuarat selepas ditubuhkan Majlis atau selepas dihentikan atau dibubarkan Parlimen pada bila-bila masa dan yang berakhir apabila Parlimen dihentikan atau dibubarkan dengan tidak dihentikan terlebih dahulu.
CODASYL (conference on data system languages)CODASYL (persidangan bahasa sistem data)Teknologi MaklumatTiadaOrganisasi profesional khusus untuk memperbaik dan mempiawaikan bahasa COBOL. Organisasi ini telah dibubarkan pada pertengahan tahun 1990-an.
International Criminal Police Organization (Interpol)Polis AntarabangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaO rganisasi yang ditubuhkan pada tahun 1923, beribu pejabat di Vienna. Pada tahun 1938, organisasi ini telah dibubarkan oleh Hitler, tetapi selepas Perang Dunia Kedua, iaitu pada tahun 1946, organisasi ini ditubuhkan semula dan beribu pejabat di Paris. Perkhidmatan utama organisasi ini adalah untuk memberi maklumat kepada lebih 140 buah negara anggotanya berkenaan dengan lokasi penjenayah antarabangsa, menganjurkan seminar berkenaan dengan penyiasatan jenayah secara saintifik dan mempermudah penangkapan penjenayah. Organisasi ini memainkan peranan yang penting dan berjaya dalam membanteras jenayah yang merangkumi penyeludupan, pemalsuan, peniruan dan perdagangan narkotik. Organisasi ini mengelak daripada terlibat dalam jenayah yang berkaitan dengan politik, ketenteraan, keagamaan dan perkauman. Sinonim Interpol.
International SocialismSosialisme AntarabangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaFahaman yang menyatakan sosialisme sepatutnya berlaku ekoran revolusi antarabangsa. Pada tahun 1848, Marx dan Engels telah menyeru supaya pekerja daripada semua negara bersatu. International Working-men�s Association (First International) ditubuhkan oleh Marx pada tahun 1876 yang kemudian dibubarkan oleh beliau sendiri. Second International ditubuhkan pada tahun 1889 yang keahliannya merangkumi sosialis berfahaman Marxis dan bukan Marxis. Pertubuhan ini gagal kerana majoriti sosialis lebih mementingkan usaha negara masing-masing dalam Peperangan Dunia Pertama pada tahun 1914. Third International ditubuhkan pada tahun 1919 tetapi dibubarkan pada tahun 1943. Di Kesatuan Soviet, doktrin rasmi negara tersebut pernah mempromosikan fahaman tersebut di seluruh dunia sebelum keruntuhan komunisme.
League of NationsLiga BangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaPerang Dunia Pertama oleh kuasa yang menang dalam peperangan tersebut semasa Persidangan Keamanan Paris. Great Britain dan Perancis kekal menjadi anggota pertubuhan ini sehingga dibubarkan, manakala anggota lain seperti Jerman, Kesatuan Soviet, Jepun dan Itali sama ada lewat menyertai pertubuhan ini atau menarik diri selepas beberapa waktu. Walaupun Presiden Amerika Syarikat, Woodrow Wilson merupakan penyokong kuat penubuhan organisasi ini, negara tersebut tidak menjadi anggota kerana bangkangan daripada senatnya. Selama kewujudannya, pertubuhan ini tidak berjaya menghalang pencerobohan dan kekejaman daripada terus berleluasa disebabkan ketiadaan komitmen dalam kalangan anggotanya. Antara kegagalan pertubuhan ini dalam menjaga keamanan dunia ialah penaklukan Jepun ke atas Manchuria (1931) dan penaklukan Itali terhadap Abyssinia (1935). Pertubuhan ini akhirnya telah digantikan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Tecton GroupKumpulan TectonKesenianSeni BinaKelompok seni bina radikal yang diasaskan oleh Berthold Lubetkin, Francis Skinner, Denys Lasdun, Godfrey Samuel dan Lindsay Drake pada tahun 1932. Kumpulan ini cuba membawa unsur modenisme di Britain, tetapi kemudiannya telah dibubarkan pada tahun 1950. Perkataan tecton berasal daripada bahasa Yunani yang membawa maksud �tukang kayu�, atau pembuat objek daripada pelbagai bahan (pembina).
caretaker governmentpemerintah sementaraSains PolitikPolitik PerbandinganKerajaan yang dibentuk untuk jangka masa tertentu sehingga kerajaan yang sah ditubuhkan. Dalam konteks politik, konsep ini merujuk kepada kerajaan yang dibentuk akibat daripada keadaan yang tidak stabil dalam sesebuah negara seperti berlakunya peperangan, kerajaan yang mendapat undi tidak percaya daripada parlimen ataupun parlimen telah dibubarkan. Amalan kerajaan sementara ini sering berlaku dalam sistem kerajaan yang dibentuk berasaskan kepada gabungan beberapa parti. Apabila berlaku perpecahan dalam gabungan tersebut, maka kerajaan yang sedia ada terpaksa dibubarkan. Semasa menunggu pembentukan sebuah kerajaan yang baharu, urusan pentadbiran negara tersebut akan diambil alih oleh pemerintah sementara ini.
interim governmentpemerintah sementaraSains PolitikPolitik PerbandinganKerajaan yang dibentuk untuk jangka masa tertentu sehingga kerajaan yang sah ditubuhkan. Dalam konteks politik, konsep ini merujuk kepada kerajaan yang dibentuk akibat daripada keadaan yang tidak stabil dalam sesebuah negara seperti berlakunya peperangan, kerajaan yang mendapat undi tidak percaya daripada parlimen ataupun parlimen telah dibubarkan. Amalan kerajaan sementara ini sering berlaku dalam sistem kerajaan yang dibentuk berasaskan kepada gabungan beberapa parti. Apabila berlaku perpecahan dalam gabungan tersebut, maka kerajaan yang sedia ada terpaksa dibubarkan. Semasa menunggu pembentukan sebuah kerajaan yang baharu, urusan pentadbiran negara tersebut akan diambil alih oleh pemerintah sementara ini.
League of NationsLiga Bangsa-BangsaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPertubuhan antarabangsa yang ditubuhkan pada tahun 1920 selepas tamatnya Perang Dunia Pertama, bertujuan untuk mencapai keamanan dan keselamatan antarabangsa bagi menghindari terjadinya peperangan. Liga Bangsa-Bangsa ialah pertubuhan antarabangsa yang mula-mula sekali ditubuhkan. Ia diasaskan atas konsep keselamatan bersama. Liga Bangsa-Bangsa telah dibubarkan pada tahun 1946 selepas gagal menghalang Perang Dunia Kedua daripada meletus dan digantikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
parliamentary commissionsuruhanjaya parlimenPentadbiranPentadbiran Awam

Badan bebas yang dilantik khas untuk menyiasat atau mendapatkan maklumat terhadap sesuatu insiden, fenomena, isu, masalah atau kejadian yang melibatkan kepentingan negara atau orang ramai. Anggota badan ini terdiri dari ahli-ahli parlimen dan dilantik khas oleh parlimen. Hasil penyiasatan yang dibuat perlu dibentang dan disahkan oleh parlimen. Setelah selesai sesuatu kes, suruhanjaya ini akan dibubarkan.

12

Kembali ke atas