| rikettsia | riketsia | Biologi | Patologi | Mikroorganisma yang mempunyai saiz yang sangat kecil, menyerupai bakteria dan digolongkan bersama-sama bakteria dan boleh menyebabkan gejala penyakit yang menyerupai jangkitan virus. |
| folk epic | epik rakyat | Kesusasteraan | Puisi | Puisi dalam bentuk cerita yang panjang, sehingga menghasilkan sebuah buku dan digolongkan sebagai tradisi lisan atau disampaikan secara lisan, terutamanya syair. Contohnya, "Syair Abdul Muluk", "Syair Dandan Setia" dan "Selendang Delima". |
| literary typology | tipologi sastera | Kesusasteraan | Tiada | Pola struktur yang sama, yang wujud dalam kelompok cerita tertentu. Sesebuah cerita dapat digolongkan ke dalam satu tipologi berdasarkan satu pola struktur tipa yang sama. Pola tersebut mungkin dibina oleh urutan unit polot yang disebut fungsi. Contohnya seperti yang diketengahkan oleh V. Propp dalam analisis morfologi genre cerita pari-pari, atau dikenal pasti sebagai motifeme oleh Dundes dalam kajiannya tentang struktur cerita suku peribumi Indian di Amerika Utara. Berdasarkan analisis v. Propp, semua cerita yang memperlihatkan struktur morfologi yang sama akan tergolong di bawah tipologi cerita pari-pari. |
| elliptical galaxy | galaksi elips | Matematik | Tiada | Galaksi luar yang berbentuk sfera atau elips yang tidak mempunyai sembir berpilin. Berdasarkan keelipsannya, galaksi ini digolongkan ke dalam kelas E0 hingga E7. |
| feeding behaviour | perilaku makan | Perikanan | Tiada | Tabiat pemakanan kumpulan ikan tertentu berdasarkan jenis makanan, masa makan, habitat dan peringkat umur ikan. Perilaku makan boleh digolongkan kepada beberapa kategori seperti pemakan bangkai, karnivor, herbivor dan omnivor. Sinonim tabiat makan. |
| cloud classification | pengelasan awan | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Sistem yang mengkategorikan awan berdasarkan kriteria seperti bentuk, aras, pembentukan, dan komposisi. Dalam pengelasan yang berdasarkan bentuk, awan digolongkan kepada genus, spesies, varieti, bentuk tambahan dan awan sertaan, dan awan induk. Pengelasan yang berdasarkan aras mengolongkan awan kepada aras tinggi, pertengahan, dan rendah; yang berdasarkan proses pembentukan secara fizikal, awan dikelaskan kepada awan gumpal dan awan lapis; dan yang berdasarkan komposisi, awan dikelaskan kepada awan hablur ais, awan titis air, dan awan campuran. |
| dinosaur | dinosaur | Sejarah | Tiada | Binatang yang hidup pada zaman prasejarah yang tersebar dari Triassik ke Mesozoik, kumpulan reptilia yang berbadan besar, jenis karnivor dan harbivor serta digolongkan kepada berbagai-bagai kumpulan seperti brontosarus dan lain-lain. |
| resonant frequency | frekuensi resonan | Fizik | Mekanik | Frekuensi maksimum yang diukur apabila rangsangan daripada daya pacu luar yang bertindak pada suatu sistem fizik menjadi maksimum. Frekuensi ini dapat digolongkan kepada tiga jenis mengikut keadaan iaitu resonans fasa, resonans amplitud dan resonans asli. |
| deviant behaviour | tingkah laku melencong | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tingkah laku yang bertentangan dengan norma dan nilai sosial yang lazim dalam masyarakat. Tingkah laku ini biasanya menimbulkan tindak balas yang negatif dan kadangkala boleh digolongkan sebagai jenayah. |
| toxins | toksin | Veterinar | Tiada | Racun yang dibebaskan oleh organisma hidup, terutamanya bakteria dan kulat. Pada amnya, bahan ini yang juga dikenali sebagai biotoksin tidak dapat diklasifikasikan dengan jelas secara kimia. Bergantung kepada sumbernya, toksin boleh digolongkan kepada fitotoksin (toksin daripada tumbuhan), mikotosin (toksin daripada kulat) dan toksin bakteria (toksin yang dibebaskan oleh sel-sel bakteria). Toksin bakteria boleh dibahagikan kepada dua iaitu endotoksin yang dibebaskan apabila bakteria mati atau terurai dan eksotoksin yang dirembeskan oleh bakteria hidup ke persekitarannya. Dalam badan, racun ini bertindak sebagai antigen yang menghasilkan tindak balas imun. Contoh bahan ini ialah aflatoksin yang dihasilkan oleh Aspergillus flavus. |