| biodegradability | keterbiodegradasikan | Perubatan | Tiada | Sifat boleh dihuraikan oleh organisma hidup melalui proses keperluan hidupnya, menjadikan bahan itu kurang kompleks. |
| database schema | skema pangkalan data | Teknologi Maklumat | Perisian | Struktur yang dihuraikan dalam bahasa formal dan disokong oleh sistem pengurusan pangkalan data (DBMS). Dalam pangkalan data hubungan, skema ini menakrifkan jadual, medan dalam setiap jadual, dan saling hubungan antara medan dan jadual. Skema pangkalan data biasanya disimpan dalam kamus data. Walaupun skema ditakrifkan dalam teks bahasa pangkalan data, istilah ini juga digunakan untuk merujuk gambaran bergrafik struktur pangkalan data. |
| pseudoscalar particle | zarah pseudoskalar | Kejuruteraan | Tiada | Zarah seperti meson yang boleh dihuraikan oleh suatu medan pseudoskalar. |
| inductive data | data induktif | Pendidikan | Tiada | Fakta atau maklumat bersifat khusus dihuraikan untuk menghasilkan kesimpulan yang menyeluruh. |
| quantum state | keadaan kuantum | Fizik | Mekanik Kuantum | Keadaan suatu zarah yang dihuraikan oleh suatu fungsi gelombang yang merupakan fungsi eigen bagi pengoperasi mekanik kuantum. Nilai eigen adalah nombor kuantum yang melabelkan keadaan. |
| long division | pembahagian panjang | Matematik | Tiada | Simbol . Proses pembahagian yang ditunjukkan seperti yang dihuraikan di bawah. Hasil bahagi diperoleh digit demi digit dari kiri ke kanan. Apabila sesuatu digit diperoleh, hasil darab digit itu dengan pembahagi ditulis pada tempat yang sepadan supaya penolakan dapat dilakukan. Pembahagian panjang lazimnya digunakan untuk membahagi nombor-nombor yang besar. |
| hydrology, stochastic syn. hydrology, statistical | hidrologi stokastik | Hidrologi | Tiada | Proses dan fenomena hidrologi yang dihuraikan dan dianalisis dengan menggunakan kaedah teori kebarangkalian. |
| prometaphase | prometafasa | Biologi | Histologi dan Sitologi | Tahap proses meiosis, apabila nukleolus selnya hilang, membran nukleusnya dihuraikan, dan gelendongnya terbentuk. Tahap ini diikuti dengan tahap metafasa, iaitu apabila setiap pasang kromatid bercantum dengan gentian gelendong di sentromer. Kedua-dua tahap ini sama dengan tahap metafasa proses mitosis. |
| generalization hierarchy | hierarki itlak | Teknologi Maklumat | Tiada | Set objek atau entiti dengan jenis mantik yang sama dihuraikan mengikut hierarki subjenis. Misalnya pekerja, terdiri daripada subjenis guru, kerani, dan jurutaip. |
| nonholonomic system | sistem tak holonomik | Fizik | Mekanik | Sistem zarah yang dikenai pembatasan sehingga tidak lagi dapat dihuraikan oleh koordinat-koordinat tak bersandar. |