Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diimport


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reverse engineeringkejuruteraan membalikEkonomiTiada1. Apabila pekerja-pekerja tempatan telah mempelajari dan memperoleh idea baru daripada teknologi yang diimport, dan seterusnya merombak balik mesin dan teknologi yang diimport itu, memperbaik serta memajukannya hingga seolah-olah menjadi satu teknologi ciptaan yang baru pula.
ad valorem tarifftarif ad valoremUndang-undangUndang-undang AntarabangsaCukai import yang jumlahnya berdasarkan peratusan nilai produk yang diimport. Contohnya, jika tarif yang dikenakan ialah 10% terhadap sesuatu produk dan nilai import produk tersebut ialah RM5000 setan, maka jumlah tarif ad valorem yang dikenakan ialah RM500 setan. Tarif ad valorem berbeza dengan tarif spesifik yang jumlahnya berdasarkan berat, kuantiti atau jumlah barangan yang diimport. Contohnya, tarif yang dikenakan terhadap sesuatu produk ialah RM1000 bagi setiap hektoliter. Maka jumlah tarif spesifik produk tersebut yang diimport dalam kuantiti 100 hektoliter ialah RM100 000. Tarif ad valorem lebih digalakkan oleh Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) kerana ia lebih telus dan kesannya terhadap ekonomi lebih mudah dicerap.
import quotakuota importPentadbiranPentadbiran Awam

Sekatan yang dilakukan kerajaan terhadap kuantiti barangan yang boleh diimport ke dalam negara pada suatu jangkamasa yang ditetapkan. Jumlah kuota yang dibenarkan biasanya lebih rendah dari jumlah kebiasaan dalam perdagangan bebas. Sekatan ini boleh dilakukan dengan memberi lesen kepada pengimport tertentu dan jumlah import tersebut dikawal hadnya. Terdapat dua jenis kuota import iaitu kuota absolut dan kuota kadar-tarif. Kuota absolut meletakkan had jumlah tertentu sesuatu barangan yang diimport dan berasaskan siapa dulu dia dapat, apabila bilangan ini sudah mencapai hadnya maka import akan disekat. Manakala kuota kadar-tarif akan meletakkan kadar tarif yang rendah kepada barangan import untuk satu jangkamasa yang terhad dan ini akan menggalakkan import. Selepas barangan tersebut mencukupi kadar tarif itu akan dinaikkan dan import akan berkurangan atau terhenti. Kesan kepada kuota import ini adalah sama dengan kesan tarif apabila pelaksanaanya akan menaikkan harga barangan domestik akibat kekurangan persa

import contentkandungan importEkonomiTiadaPerihal kandungan input yang diimport dalam pengeluaran dalam negeri.
patadoenessarung patadoenesKesenianTiadaIstilah Filipina untuk kain sarung yang diimport.
common marketpasaran bersamaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaAturan perdagangan serantau yang mengintegrasikan ekonomi negara anggota pada tahap tertinggi. Aturan ini bukan sahaja menghapuskan sekatan perdagangan barangan antara negara anggota, malah menyamakan kadar sekatan terhadap barangan yang diimport dari negara bukan anggota. Kesannya, barangan boleh diimport dari satu negara anggota ke negara anggota lain tanpa perlu membayar duti import dan sekatan perdagangan yang lain. Selain itu, aturan ini menghapuskan sekatan terhadap pergerakan perkhidmatan, manusia dan modal antara negara anggota. Contohnya, penyedia perkhidmatan di sebuah negara anggota boleh memberikan perkhidmatan di negara anggota lain tanpa halangan. Demikian juga dengan orang sebenar dari satu negara anggota yang boleh tinggal dan bekerja di negara anggota lain tanpa halangan. Wang juga boleh dipindahkan dari satu negara anggota ke bank negara anggota lain tanpa sekatan. Contoh pasaran bersama ialah Komuniti Eropah (EC).
traded goodsbarang dagangEkonomiTiadaBarang-barang yang boleh dieksport dan diimport.
impostimposUndang-undangTiadaSejenis cukai yang dikenakan terhadap barang yang diimport.
local contentkandungan tempatanEkonomiTiadaInput dalam negeri berbanding dengan input yang diimport yang digunakan dalam proses pengeluaran.
nontraded goodsbarang bukan daganganEkonomiTiadaBarang yang tidak boleh dieksport atau diimport, seperti muzium, bangunan kilang, keindahan alam.
1234

Kembali ke atas