| short rate | kadar penalti | Komunikasi | Korporat | Denda yang dikenakan kepada pengiklan yang telah menandatangani kontrak tempahan ruang atau masa siaran iklan tetapi gagal mematuhi perjanjian tersebut. Denda ini dikenakan sebagai imbuhan kepada kerugian yang dialami oleh agensi penerbitan dan stesen penyiaran kerana tidak dapat memanfaatkan ruang atau masa siaran iklan seperti yang dirancang. |
| Young''s modulus | modulus Young | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Ukuran kekakuan sesuatu bahan yang ditakrifkan sebagai nisbah antara tegasan tegangan yang dikenakan terhadap sesuatu bahan berbanding dengan nilai terikan yang terhasil selari dengan arah tegangan yang dikenakan. Nilai ini boleh digunakan untuk mengira ciri bahan yang dikenakan beban dan menganggar pemanjangan dawai apabila diregang atau menganggar beban minimum yang dikenakan terhadap tiang nipis sebelum tiang tersebut bengkok. Ujian yang digunakan untuk mengukur nilai ini ialah ujian tegangan. Bahan yang hendak diuji dikenakan beban secara berkadar. Pemanjangan yang berlaku akibat peningkatan beban dicatat. Ujian ini dilakukan sehingga bahan gagal menampung daya yang dikenakan. Data yang diperoleh kemudiannya digunakan untuk memplot graf tegangan melawan terikan. Kecerunan garisan yang diperoleh daripada graf ini ialah nilai modulus Young khusus untuk bahan yang diuji. |
| jizyah | cukai kepala/jizyah | Perniagaan Islam | Tiada | Cukai yang dikenakan kepada orang bukan Islam di negara Islam sebagai jaminan keselamatan. Cukai ini dikenakan selagi individu tersebut tidak memeluk agama Islam. Kadar cukai dikenakan mengikut kemampuan mereka atau berdasarkan budi bicara kerajaan. Pembayar jizyah mempunyai hak yang sama dengan penduduk beragama Islam. Sinonim kharaj jizyah. |
| additional charge | caj tambahan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bayaran yang dikenakan kepada sesuatu perkhidmatan sebagai tambahan kepada bayaran biasa. |
| polarogram | polarogram | Kimia | Kimia Analisis | Lengkung pengutuban berupa plot arus sebagai fungsi keupayaan yang dikenakan ke atas sel polarografi yang memberikan maklumat kualitatif dan kuantitatif berkenaan komposisi bahan terturun secara elektrolisis pada keupayaan katod tertentu. |
| electrocatalysis | pengelektromangkinan | Kimia | Tiada | 1. Proses penghasilan tenaga elektrik daripada sel kimia yang elektrod bertindak sebagai pengalir arus dan sebagai mangkin.,2. Penguraian kimia tisu disebabkan arus elektrik yang dikenakan pada badan. |
| too late stamps | setem lewat | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Setem yang berfungsi sebagai fi tambahan yang dikenakan ke atas mel-mel yang dibawa ke kapal sebelum pelayaran tetapi selepas karung mel telah ditutup dan dipunggah ke dalam kapal. |
| electroactive mediator | perantara elektroaktif | Fizik | Nanoteknologi | Kompleks multiprotein yang berubah bentuk apabila dikenakan voltan serta bertindak sebagai perantara. |
| tax sparing provision | peruntukan lepas cukai | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Peruntukan di bawah perjanjian cukai dwihala berkenaan pendapatan yang dikecualikan atau dilepaskan daripada cukai di sebuah negara tetapi dianggap oleh negara kedua sebagai telah dikenakan cukai oleh negara pertama. |
| sweep oscillator | pengayun sapuan | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Litar elektron yang menjana voltan atau arus yang biasanya berulang, sebagai fungsi tertentu bagi masa. Bentuk gelombang yang terhasil digunakan sebagai asas masa untuk dikenakan kepada sistem pesongan peranti alur elektron seperti tiub sinar katod. |