| fluid dynamics | dinamik bendalir) | Fizik | Tiada | Tiada |
| source | punca | Hidrologi | Tiada | Dalam ilmu dinamik bendalir, pu7nca adalah titik (atau garis) pencapahan garis alir. |
| fluid dynamics | (ilmu) dinamik bendalir | Fizik | Mekanik | Ilmu pergerakan bendalir Newton(an), termasuk bendalir likat, mampat dan tak mampat dan juga fenomenon yang berkaitan dengan permukaan-permukaan bebas dan daya-daya apungan yang disebabkan oleh medan graviti. |
| reyn | reyn | Fizik | Mekanik | Unit kelikatan dinamik bendalir. 1 reyn bersamaan dengan daya 1 poundal per kaki persegi yang menentang aliran dua lapisan bendalir yang selari apabila halaju perbezaannya 1 kaki per saat bagi setiap jarak pemisahan 1 kaki. |
| fluid dynamics | dinamik bendalir | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kajian tentang ciri dan sifat bendalir yang mengalir atau bergerak relatif kepada sesuatu permukaan rujukan dengan menggunakan daya dari luar. Profil tekanan dan halaju diperlukan untuk menjelaskan proses pengaliran bendalir ini. |
| control volume | isi padu kawalan | Mekanik | Gunaan | Isi padu yang mempunyai bentuk yang tetap dan mengandungi suatu sistem zarah serta mengalami aliran masuk dan aliran keluar zarah berkenaan; misalnya bahagian dalam jasad yang geronggang yang mempunyai alur masuk dan alur keluar. Persamaan gerakan bagi sistem isi padu kawalan menjadi asas ilmu dinamik bendalir. |
| Hedstrom number | nombor Hedstrom | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Nombor yang diungkapkan sebagai dengan He = nombor Hedstrom, � = faktor geseran, Re0 = nombor Reynolds pada permulaan pengaliran, t0 = tegasan alah (Pa), tw = tegasan dinding (Pa). dan seterusnya dipermudah sebagai dengan t0 = tegasan alah bendalir plastik Bingham (Pa), m0 = kelikatan dinamik bendalir plastik Bingham (poise), D = garis pusat (m), r = ketumpatan (kg/m3). Bagi aliran lamina, nombor Hedstrom digunakan untuk mengelaskan profil aliran bendalir plastik Bingham. Jika He/� Re 2 = 1, aliran palam He/� Re 2 = 0, aliran parabola He > � Re 2, bendalir pegun. |
| dynamic fluid level | aras bendalir dinamik | Kejuruteraan | Petroleum | lihat aras pengepaman |
| dynamic fluid force | daya bendalir dinamik | Sains Sukan | Biomekanik | Daya angkatan dan seretan hasilan yang bertindak ke atas sesuatu objek akibat tekanan yang dikenakan ke atas permukaan objek. |
| fluid mechanics | mekanik bendalir | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kajian tentang sifat bendalir statik dan dinamik. Mekanik bendalir adalah salah satu cabang mekanik kontinum yang hanya mengambil kira bendalir jenis cecair, gas, wap atau campuran antara sistem. |