| dual-coding theory | teori dwipengekodan | Psikologi | Psikologi Umum | Teori yang menyatakan bahawa sesuatu perkara itu tidak kira bagaimana cara mempersembahkannya, ia akan disimpan dalam bahagian ingatan sama ada dalam bentuk verbal atau visual. Menurut Paivio, pengimejan boleh membantu memudahkan ingatan kerana menyediakan kod ingatan yang kedua. Dalam teori dwikod ingatan, beliau menyatakan bahawa ingatan boleh diperkasakan dengan membentuk kod semantik dan visual kerana mana-mana kod tersebut boleh diingat kembali. |