| manqul | harta alih | Perniagaan Islam | Tiada | Harta yang boleh dipindahkan atau dialihkan dari satu tempat ke tempat lain. Mengikut mazhab Hanafi, Maliki, Syafii dan Hambali, manqul ialah harta yang boleh dipindahkan dari satu tempat ke tempat lain dengan bentuk atau strukturnya yang masih kekal. Contohnya, binatang ternakan, kenderaan dan bangunan. |
| sign convention of thermodynamics | tanda kelaziman termodinamik | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Tanda yang telah ditetapkan bahawa tenaga adalah positif jika dipindahkan dari persekitaran ke sistem dan kerja adalah positif jika dipindahkan dari sistem ke persekitaran. Jumlah tenaga dalam sistem adalah tenaga yang ditambah tolak kerja yang dilakukan oleh sistem. Proses dalam analisis dibahagikan kepada sistem dan persekitaran. |
| ‘aqar | harta tak alih | Perniagaan Islam | Tiada | Harta yang tidak boleh dipindahkan seperti tanah dan bangunan. Mengikut mazhab Hanafi, pokok dan binaan tidak dianggap sebagai ‘aqar melainkan disebut berserta tanah dalam akad. Manakala mengikut mazhab Maliki, Syafii dan Hambali, ‘aqar juga termasuk semua yang boleh dipindahkan dan diubah tetapi hendaklah bersentuhan dengan tanah seperti rumah atau pokok. |
| placentation | pemplasentaan | Veterinar | Praklinikal | Proses pembentukan plasenta antara endometrium ibu dengan membran ekstraembrio. Dengan terbentuknya plasenta; nutrien daripada darah ibu dapat dipindahkan ke darah embrio dan fetus. Hasil buangan daripada darah embrio dan fetus pula dapat dipindahkan ke sistem edaran ibu untuk dibuang. Pemindahan nutrien dan hasil buangan ini adalah dengan merentasi plasenta. |
| automatic pumping station | stesen pengepaman automatik | Kejuruteraan | Petroleum | Stesen pengepaman yang terkendali secara automatik yang dipasang pada talian paip untuk meningkatkan tekanan pada talian paip berkenaan apabila bendalir telah dialirkan atau dipindahkan. Apabila bendalir telah dialirkan atau dipindahkan dari talian paip maka tekanan pada talian akan berkurangan sehingga stesen pengepaman akan bekerja secara automatik untuk menambahkan tekanan tersebut bagi mengelakkan berlakunya tekanan balik atau lain-lain kemungkinan. |
| transaminase | transaminase | Bioteknologi | Tiada | Enzim yang memindahkan kumpulan amino daripada asid amino kepada asid keto dengan penghasilan asid keto kedua dan asid amino baru. Semua transaminase mengandungi piridoksil fosfat sebagai koenzim. Kumpulan amino dipindahkan kepada koenzim tersebut untuk membentuk medium piridoksamina fosfat yang akan dipindahkan kepada asid keto kedua. |
| illuviation | pengiluviuman | Geografi | Tiada | Bahan yang dipindahkan dalam bentuk ampaian atau larutan daripada horizon eluvial dan dimendapkan pada zon iluvial. |
| illuviation | pengiluviuman | Geologi | Tiada | Bahan yang dipindahkan dalam bentuk ampaian atau larutan daripada horizon eluvial dan dimendapkan pada zon iluvial. |
| heat | haba | Fizik | Haba | Tenaga yang dipindahkan akibat perbezaan suhu antara dua sistem. |
| exogenote | eksogenot | Bioteknologi | Tiada | Bahagian kromosom yang dipindahkan dari penderma ke penerima untuk membentuk merozigot dalam proses rekombinasi gen pada bakteria. bd. endogenot. |