Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diramas


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Passiflora foetidaletup-letupHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan herba kecil dalam famili Passifloraceae dan dikenali juga sebagai timun dendang. Tumbuhan ini hidup liar secara menjalar atau memanjat pokok lain di tanah terbiar atau belukar. Batangnya kecil berbulu dan mempunyai sulur paut. Daunnya nipis, berbulu dan bercuping tiga serta berbau kuat apabila diramas. Bunganya agak besar, berwarna putih berbelang ungu. Buahnya yang bulat dan kecil dibaluti kaliks berbulu. Buah muda berwarna hijau dan bertukar kuning apabila masak. Daunnya digunakan sebagai ubat sapu untuk merawat kegatalan kulit. Tumbuhan ini mengandungi asid hidrosianik. Buah yang muda agak beracun, manakala buah yang masak berasa manis dan boleh dimakan.
Plectranthus amboinensisBangun-bangunPertanianTiadaPokok jenis herba merayap daripada famili Labiatae. Batangnya lembut dan berair atau sukulen yang boleh juga tumbuh tegak setinggi 50 cm. Daunnya tebal, berbulu halus dan berbentuk ovat. Tepi daun bergerigi. Bunganya kecil berwarna ungu pucat. Kesemua bahagian herba ini sangat beraroma. Daunnya dibuat perasa masakan dan nasi ulam. Jus daunnya dibuat ubat untuk menyembuhkan batuk, asma dan bronkitis. Air seduhan daun diminum untuk mengeluarkan angin dalam perut dan dapat membantu mencerna makanan. Daun yang diramas dipupuk pada kulit yang melecur atau digigit serangga selain dibuat param untuk mengurangkan sakit kepala.
Plectranthus amboinicusbangun-bangunHerbaBotani dan BioteknologiPokok jenis herba merayap daripada famili Labiatae. Batangnya yang lembut dan berair atau sukulen boleh tumbuh tegak setinggi 50 cm. Daunnya tebal, berbulu halus, berbentuk ovat dan tepinya bergerigi. Bunganya kecil berwarna ungu pucat. Kesemua bahagian herba ini sangat beraroma. Daunnya dibuat perasa masakan dan nasi ulam. Jus daunnya dibuat ubat untuk menyembuhkan batuk, asma dan bronkitis. Air seduhan daun diminum untuk mengeluarkan angin dalam perut dan dapat membantu mencerna makanan. Daun yang diramas dipupuk pada kulit yang melecur atau digigit serangga selain dibuat param untuk mengurangkan sakit kepala.
Jasminum sambacmelurHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis renek dalam famili Oleaceae yang dikenali juga sebagai Jasmin. Tumbuhan beraroma ini berasal dari India dan diperkenalkan ke Malaysia dan pulau Jawa. Pokok ini ditanam sebagai tanaman perhiasan dan perubatan. Daunnya jenis ringkas dan bahagian atas daun berwarna hijau berkilat. Tepi daunnya licin dan berombak. Jambak bunganya jenis sima dan mengandungi tiga atau lebih bunga yang tersusun padat. Bunganya berwarna putih dengan aroma yang kuat. Buahnya jenis beri berwarna hitam apabila matang. Daun yang telah dilumatkan disapukan untuk merawat masalah kulit dan luka, ditumbuk bersama bedak sejuk sebagai sapuan untuk menghilangkan rasa gatal akibat kudis demam campak dan menghilangkan parut kudis. Daun atau bunga yang diramas disapu pada payudara untuk menggalakkan pengeluaran susu. Air rebusan daun diminum untuk merawat demam. Akar segar dimakan untuk merawat penyakit kelamin dan dibuat tampalan pada bahagian yang terseliuh dan patah anggota. Air rebusan bunga atau akar diminum untuk merawat lela

Kembali ke atas