| bard | bujangga | Kesusasteraan | Puisi | Orang yang cukup dihormati dan disanjungi kerana kepandaiannya menggubah dan mencipta sama ada pantun, syair, gurindam dan juga sajak. Raja Ali Haji merupakan seorang bujangga/pujangga Melayu terkenal pada zaman kerajaan Melayu Riau. |
| ego need | keperluan ego | Pentadbiran | Tiada | Keperluan manusia untuk dihormati, dan disanjungi kerana kejayaan atau kedudukan yang telah dicapainya. |
| object poem | sajak objek | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mengungkapkan pemikiran dan tema berdasarkan kepada sesuatu objek yang konkrit. Biasanya sesuatu objek yang dipuisikan itu disanjungi atau dikagumi oleh penyairnya. Contohnya, puisi "Gamelan" karya Shafie Abu Bakar dan "Waktu Berdepan Denganmu Kinabalu" karya Kemala. |
| ode | oda | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang membawakan pemikiran dan tema-tema berupa sanjungan, pemujaan dan pujian, terutama terhadap seseorang tokoh, pemimpin atau objek-objek yang disanjungi dan dihormati. Puisi-puisi yang dijadikan lagu-lagu nasyid adalah merupakan puisi oda yang liriknya menyanjung tentang kemuliaan Nabi Muhammad s.a.w dan keagungan Allah s.w.t. |
| complaint verse | sajak ratapan | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang membawa persoalan dan perasaan duka, sedih, pilu, muram, murung dan scndu. Puisi ini mencitrakan sesuatu peristiwa atau tragedi, umpamanya kematian seseorang tokoh, pembesar dan pemimpin yang dihormati dan disanjungi. Contohnya, puisi "Bintang di Langit Zaman" dalam kumpulan Duri dan Api karya Usman Awang. |