| arrested failure | kerosakan disekat | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
| المحجور عليه | mahjur ‘alayh | Agama Islam | Fiqh | Orang yang disekat hak pengurusan hartanya kerana tidak cukup umur atau tidak sempurna akal dan lain-lain. |
| bioprobe | bioprob | Bioteknologi | Tiada | Biopenderia yang mengandungi pemangkin yang disekat gerak bersama dengan alat pengesan, misalnya elektrod enzim (pemangkinan oleh enzim). |
| immobilized cell | sel tersekat gerak | Bioteknologi | Tiada | Sel yang disekat gerakannya dengan menggunakan kaedah pemerangkapan dalam matriks berliang atau penjerapan pada permukaan pepejal untuk membolehkan sel tersebut tumbuh dengan baik. |
| impounding reservoir | kolam takungan | Geografi | Tiada | Sungai yang aliran airnya disekat bagi tujuan bekalan air atau pengawalan banjir. |
| open access | laluan terbuka | Perikanan | Tiada | Kawasan perikanan yang tidak disekat daripada sebarang aktiviti perikanan. Bilangan bot berlesen yang boleh masuk ke sesuatu kawasan laut juga tidak terhad dan penggunaan kelengkapan penangkapan ikan juga adalah tidak dilarang. |
| dune ridge | permatang gumuk | Geologi | Tiada | Siri gumuk selari yang pergerakannya disekat oleh pertumbuhan tumbuhan, di sepanjang pesisir laut mengundur. |
| ischaemia | iskemia | Biologi | Fisiologi | Kesakitan pada otot apabila pengaliran darah padanya disekat. |
| neutron chop | pemotongan neutron | Fizik | Atom dan Nuklear | Alur neutron selanjar yang disekat secara berulang-ulang dalam tempoh masa tetap bagi tujuan eksperimen tertentu, termasuk eksperimen bagi menentukan halaju aliran neutron. |
| paternoster lake | tasik tasbih | Geografi | Tiada | Satu siri tasik pada lurah glasier yang disekat di belakang moren atau lembangan batuan dan tertutup pada bahagian rendah oleh beting-beting batuan. |