| inhibited grief | kehibaan terpendam | Gerontologi | Tiada | Perasaan sedih yang disembunyikan oleh seseorang akibat kematian orang yang tersayang. |
| concealed opening | belah sembunyi | Kesenian | Tiada | Belah berfungsi yang biasanya disembunyikan di dalam lisu bahagian hadapan pakaian wanita yang menyusukan anak atau pada pinggang bahagian hadapan skirt wanita. |
| adenotrophic viviparity | vivipariti adenotrofik | Biologi | Entomologi | Fenomenon pada sesetengah serangga yang dengannya larva disembunyikan di dalam badan ibu selepas penetasan. Larva berkembang dengan memakan rembesan rahim, bersalin kulit dua kali, dan akhirnya dikeluarkan dalam keadaan matang untuk pempupaan. Fenomenon ini hanya ditemukan pada lalat Tsetse (Glossina) dan Pupipara (Diptera). |
| fly opening | belah sembunyi kancing | Kesenian | Tiada | Lubang butang dan butang atau zip yang disembunyikan pada sebelah dalam plaket. Contohnya seluar. |
| bureaucratic secrecy | kerahsiaan birokrasi | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Perkara penting dalam organisasi yang sengaja disembunyikan daripada pengetahuan umum. Perkara yang menjadi kerahsiaan birokrasi termasuklah dokumen, maklumat, data dan bahan rasmi yang berbahaya untuk didedahkan tanpa kebenaran kerana boleh mengancam keselamatan organisasi serta menyebabkan kerosakan besar kepada kepentingan awam dan negara. Kerahsiaan birokrasi penting bagi mengelakkan kebocoran maklumat dan dokumen kepada pihak luar khususnya pihak musuh yang senantiasa mencari kelemahan sesebuah organisasi mahupun negara demi untuk kepentingan mereka. Perkara yang menjadi kerahsiaan birokrasi akan dilabelkan sebagai ‘Rahsia Besar’, ‘Rahsia’, ‘Sulit’ atau ‘Terhad’. |
| hemicephalous | hemisefal | Biologi | Entomologi | Larva serangga yang mempunyai kepala yang tidak lengkap dan sebahagiannya disembunyikan di dalam protoraks. |
| fly front | belah sembunyi kancing | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Lubang butang dan butang atau zip yang disembunyikan pada sebelah dalam plaket, contohnya seluar. |
| fly opening | belah sembunyi kancing | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Lubang butang dan butang atau zip yang disembunyikan pada sebelah dalam plaket. Contohnya seluar. |
| recessive genes | gen resesif | Biologi | Genetik | Dalam organisma diploid, gen yang diekspresikan dalam keadaan hogomozigus tetapi disembunyikan dalam kehadiran alel dominan yang heterozigus. |
| anonymous | tanpa nama | Kesusasteraan | Tiada | Semua karya atau terbitan yang tidak diketahui pengarangnya, kerana nama pengarang sebenarnya dirahsiakan, disembunyikan atau tidak diketahui langsung. |