Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : diskri­minasi kaum; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
ras
Rujuk :puak


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
racial discriminationdiskriminasi rasUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTindakan membeza-bezakan individu atau kumpulan individu yang lain kerana prasangka terhadap ciri fizikal, budaya, bahasa dan agama individu atau kumpulan individu tersebut. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, peruntukan undang-undang mengenai diskriminasi ras terkandung dalam Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Ras 1965. Konvensyen tersebut mentakrifkan diskriminasi ras sebagai pembezaan, pengecualian, kekangan atau tindakan memberi kelebihan kerana ras, warna, keturunan atau asal-usul dengan tujuan atau kesan yang menidakkan atau mencacatkan pengiktirafan, penikmatan dan pelaksanaan hak dan kebebasan asasi dalam aspek politik, ekonomi, sosial, budaya dan kehidupan awam lain secara saksama. Walau bagaimanapun, konvensyen ini tidak terpakai kepada perbezaan layanan yang diberikan antara warganegara dan bukan warganegara. Diskriminasi ras juga tidak mencakupi langkah khas yang memberikan kelebihan kepada ras atau etnik tertentu yang memerlukan perlindun
racial discriminationdiskriminasi rasPendidikanTiadaTiada
racial discriminationdiskriminasi rasSosiologiTiadaTiada
racial discriminationdiskriminasi rasSosiologiTiadaTiada
racial discriminationdiskriminasi rasUndang-undangTiadaTiada
racial discriminationdiskriminasi rasEkonomiTiadaLayanan kurang baik terhadap ras tertentu yang timbul kerana prasangka terhadap kebolehan, kemahiran dan keistimewaan hak.
nation-statenegara bangsaSains PolitikPolitik PerbandinganNegara yang ditubuhkan berasaskan satu bangsa yang mempunyai pemerintah, kedaulatan dan sempadan yang jelas. Dalam negara ini, undang-undang dan dasar pemerintahan dibentuk sesuai dengan aspirasi atau kehendak bangsa yang menghuni negara tersebut. Negara bangsa dianggap sudah terbentuk apabila warganegaranya merasakan mereka merupakan satu bangsa yang mendukung tamadun dan budaya yang sepunya dan tidak lagi menonjolkan isu seperti tuntutan pemisahan wilayah, perbezaan dan konflik ras, minoriti, keterpinggiran dan diskriminasi. Walaupun wujud perbezaan kaum, agama atau bahasa dalam negara ini, kemajmukan ini masih boleh bersatu dalam satu bangsa. Namun begitu, kewujudan satu bangsa yang sepadu dalam sebuah negara agak sukar dicapai kerana dalam kebanyakan negara, isu-isu di atas masih wujud dan sukar diatasi. Contoh negara bangsa yang berjaya ialah Jepun dan Korea Selatan.

Kembali ke atas