| social discrimination | diskriminasi sosial | Sosiologi | Tiada | Tiada |
| colour bar | beza kulit | Sejarah | Tiada | Halangan atau sekatan ke atas orang yang berwarna daripada melibatkan diri dengan kegiatan politik kulit putih, diskriminasi sosial, dan pekerjaan mengikut ketetapan undang-undang seperti yang diamalkan di Afrika Selatan. |
| racial discrimination | diskriminasi ras | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Tindakan membeza-bezakan individu atau kumpulan individu yang lain kerana prasangka terhadap ciri fizikal, budaya, bahasa dan agama individu atau kumpulan individu tersebut. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, peruntukan undang-undang mengenai diskriminasi ras terkandung dalam Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Ras 1965. Konvensyen tersebut mentakrifkan diskriminasi ras sebagai pembezaan, pengecualian, kekangan atau tindakan memberi kelebihan kerana ras, warna, keturunan atau asal-usul dengan tujuan atau kesan yang menidakkan atau mencacatkan pengiktirafan, penikmatan dan pelaksanaan hak dan kebebasan asasi dalam aspek politik, ekonomi, sosial, budaya dan kehidupan awam lain secara saksama. Walau bagaimanapun, konvensyen ini tidak terpakai kepada perbezaan layanan yang diberikan antara warganegara dan bukan warganegara. Diskriminasi ras juga tidak mencakupi langkah khas yang memberikan kelebihan kepada ras atau etnik tertentu yang memerlukan perlindun |
| discrimination | diskriminasi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Aksi, tindakan, layanan atau proses yang berat sebelah kepada kelompok tertentu. Amalan ini wujud disebabkan oleh perbezaan sosial seperti kasta, kelas, etnik, agama, warna kulit, bahasa dan budaya yang terdapat dalam sesebuah masyarakat atau negara. Dominasi sosial yang berasaskan kepada perbezaan tersebut menyebabkan muncul perasaan terpinggir, penafian dan kekecewaan oleh kelompok yang didominasi. Keadaan ini menjadi lebih kompleks apabila tindakan diskriminasi ini dijelmakan dalam bentuk dasar sosial, politik dan ekonomi yang dilihat hanya menguntungkan kelompok dominan. Contohnya, etnik kulit hitam di Afrika Selatan yang didiskriminasi oleh pemerintah kulit putih sewaktu rejim Aparteid. |
| direct discrimination | diskriminasi langsung | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Tadbir Urus | Tindakan membeza layan terhadap individu atau kumpulan secara nyata berdasarkan ciri terlindung mereka. Banding indirect discrimination. |
| indirect discrimination | diskriminasi tidak langsung | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Tadbir Urus | Tindakan membeza layan terhadap individu atau kumpulan secara tidak nyata berdasarkan ciri terlindung mereka. Banding direct discrimination. |
| intersectionality | interseksionaliti | STEM | Tiada | Rangkaian analisis yang menggunakan algoritma, pengkomputeran dan kerangka model yang saintifik untuk memahami pola identiti sosial dan politik bagi mencipta pelbagai mod diskriminasi dan hak istimewa. |
| uprising | Intifada | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Perkataan Arab yang bermaksud kebangkitan yang merujuk secara khusus kepada perjuangan rakyat Palestin pada tahun 1987 di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Kawasan tersebut merupakan kawasan yang ditakluki Israel sejak tahun 1967. Penduduk Palestin telah menentang pemerintah Israel dengan melontar batu dan bahan letupan buatan sendiri, manakala pihak Israel pula menggunakan gas pemedih mata dan peluru getah serta merobohkan rumah penduduk Palestin. Kebangkitan perjuangan rakyat Palestin yang anti-Israel ini berpunca daripada kekecewaan pihak Palestin terhadap IMF Intifada diskriminasi ekonomi, politik dan sosial yang dilaksanakan oleh Israel. Perbalahan antara Palestin dengan Israel kini menggunakan teknik perang gerila. Pihak Hamas (Palestin) menggunakan pengebom berani mati untuk menyerang Israel, manakala Israel pula menyerang pejabat Palestin dan menduduki semula kawasan yang telah ditinggalkan selepas tahun 1993. |