| takaful premium | caruman takaful | Ekonomi | Ekonomi Islam | Wang yang disumbangkan oleh peserta kepada syarikat pengendali takaful melalui akaun peserta. Caruman ini akan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Takaful bagi tujuan pelaburan dan tabaruk. Peserta boleh membuat caruman sekali gus bagi takaful am dan secara berkala bagi takaful keluarga. |
| defined contribution | caruman wajib | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Dana yang perlu disumbangkan oleh individu atau syarikat kepada rancangan persaraan. |
| allopolyploidy | alopoliploidi | Biologi | Ekologi | Organisma yang mempunyai bilangan set kromosom yang bertambah yang disumbangkan oleh kedua-dua induk daripada spesies yang berbesa. |
| shareholder''s provident fund of takaful operating | kumpulan dana pemegang saham pengendali takaful | Ekonomi | Ekonomi Islam | Jumlah wang yang disumbangkan oleh pemegang saham ke dalam sesebuah syarikat pengendali takaful bagi membiayai semua perbelanjaan pengurusan. Sekiranya kumpulan wang ini melebihi perbelanjaan pengurusan dalam tempoh tertentu, kumpulan wang ini boleh dilaburkan bersama-sama kumpulan wang takaful. Keuntungan pelaburan daripada kumpulan dana pemegang saham ini akan diperoleh sepenuhnya oleh syarikat pengendali dan tidak diagihkan kepada peserta. |
| seminal plasma | plasma seminal | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Cecair semen yang membantu sperma agar kekal berdaya hidup. Plasma seminal disumbangkan oleh kelenjar aksesori seks dalam saluran pembiakan jantan seperti kelenjar prostat, vesikel seminal dan bulbo uretra. Plasma seminal merupakan perantara fungsi kimia semen. |
| discount house | gedung diskaun | Ekonomi | Ekonomi Islam | Institusi kewangan yang bergiat dalam urus niaga instrumen kewangan jangka pendek. Urus niaga ini dijalankan dengan menggunakan dana jangka pendek yang disumbangkan oleh institusi kewangan Islam. Gedung diskaun ini berperanan untuk menyediakan pasaran peringkat kedua bagi instrumen tersebut. Contoh instrumen jangka pendek ialah sijil pelaburan kerajaan, penerimaan jurubank-i, dana mudarabah antara bank dan bon mudarabah cagamas. |
| crowd-source content | kandungan sumber khalayak | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Bahan kandungan untuk platform perkhidmatan seperti platform e-pembelajaran, e-beli belah, e-tempahan, blog dan sebagainya yang disumbangkan oleh orang ramai secara terbuka. Kaedah penyumberan khalayak ini lebih bermakna bagi tujuan pemasaran produk dan perkhidmatan melalui platform yang disediakan. |
| complementary gene | gen saling lengkap | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Gen yang berbeza, tetapi menyumbang kepada satu sifat yang sama. Gen tersebut saling melengkapi dan harus muncul bersama. Ketiadaan satu gen akan menyebabkan sifat yang disumbangkan tidak akan muncul. |
| donation | tabarru’ | Ekonomi | Ekonomi Islam | Tindakan memberi derma, sumbangan, hadiah atau membuat kebajikan secara sukarela dalam kalangan peserta takaful. HaI ini bermakna, peserta takaful bersetuju menyumbangkan sebahagian daripada carumannya untuk tujuan tabarru’. Bahagian caruman yang disumbangkan untuk tujuan ini akan ditentukan oleh aktuari berdasarkan kebarangkalian berlakunya musibah. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam akaun khas peserta yang diuruskan oleh syarikat pengendali takaful untuk membantu peserta yang ditimpa musibah. Baki akaun peserta khas yang belum digunakan akan dilaburkan untuk sementara waktu bagi mendatangkan keuntungan supaya nilai wang tabarru’ tersebut dapat ditingkatkan. |
| acquired equity | ekuiti diperoleh | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pemilikan ekuiti yang sementara bagi membiayai projek tertentu. Ekuiti digunakan oleh syarikat untuk memenuhi keperluan pembiayaan dan akan dikembalikan kepada pelabur selepas tempoh tertentu. Pengeluaran ekuiti ini adalah untuk membezakannya dengan ekuiti yang disumbangkan oleh pemegang saham biasa. Contohnya, ekuiti yang boleh ditebus semula. |