Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditampalkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
end paperkertas lapik kulit-TiadaKertas berlipat dua yang separuh daripada lipatan kertas tersebut ditampalkan pada bahagian dalam kulit depan dan bahagian dalam kulit belakang buku kulit keras. Separuh lipatan lagi ditampalkan di sepanjang sisi halaman pertama dan halaman terakhir buku bagi melindungi jilidan buku tersebut.
foil buttonbutang foilKesenianTiadaSutera yang dilekatkan pada kertas dan kemudiannya ditampalkan di belakang butang kaca. Dipatenkan pada tahun 1774.
anaphistographyanafistografiKesusasteraanTiadaBuku yang dicetak dengan menggunakan blok kayu dan dicetak satu halaman sahaja kemudian ditampalkan dengan halaman yang lain.
adhesive sheethelaian perekatLandskapTiadaSejenis helaian plastik yang berperekat pada sebelah mukanya Dan digunakan untuk mencetak tajuk, label, simbol dan sebagainya. Bahan ini kemudiannya ditampalkan pada lakaran atau pelan.
bangsawanbangsawanKesusasteraanTiadaSejenis teater bersifat opera yang mengandungi lagu, muzik, dialog dan dipersembahkan tanpa skrip. Walaupun tanpa skrip, rangka lakon atau senario setiap cerita ditampalkan di belakang pentas untuk dijadikan panduan. Justeru, persembahan bangsawan banyak memanfaatkan teknik improvisasi dalam dialog dan aksi. Ciri-ciri lain termasuklah penggunaan latar yang diwarnakan, aksi yang streotaip, serta muzik dan tarian yang tidak dirancang. Cerita bangsawan berkisar tentang dalam raja, istana dan dewi-dewi. Ada juga cerita berdasarkan sejarah tempatan, kisah Islam, cerita Hindi, cerita Cina, dan lain-lain. Bangsawan berasal dari Bombay, India dan dibawa oleh sekumpulan pelakon teater parsi (dikenali sebagai Wayang Parsi) yang menyampaikan persembahannya dalam bahasa Urdu. Apabila wayang Parsi tidak lagi aktif, persembahan bangsawan diambil alih oleh pelakon tempatan yang menubuhkan kumpulan bangsawannya sendiri dalam bahasa Melayu. Kumpulan bangsawan yang terkenal dan rpfesional di Pulau Pinang ialah Pushi Indera Ban
electroconvulsive therapy (ECT)terapi elektrokonvulsif (ECT)PerubatanTiadaRawatan terhadap pesakit psikiatri dengan menggunakan stimulasi elektrik mengikut dos dan masa yang telah ditetapkan. Prosedur ini memerlukan anestesia umum. Arus elektrik disalurkan melalui dua keping elektrod yang ditampalkan di bahagian temporal kepala. Terapi ini akan menyebabkan pesakit mengalami sawan seketika.

Kembali ke atas