| lithology | litologi | Kejuruteraan | Petroleum | Jisim unit batuan yang ditinjau daripada segi jenis serta kandungannya. |
| epidimiology | epidimiologi | Biologi | Patologi | Kajian tentang perilaku, penyebar dan faktor yang menyebabkan penyakit berjangkit yang ditinjau dari segi populasi patogen, biasanya secara kuantatif. |
| uncontrollable factor | faktor luar kawal | Pentadbiran | Tiada | Faktor yang memberi kesan kepada sesebuah organisasi yang punca atau sebabnya tidak boleh ditinjau secara langsung seperti pertumbuhan penduduk, persekitaran politik dan tekakan sosial. |
| resistance | ketahanan | Biologi | Patologi | Keupayaan perumah secara nisbi melawan patogen atau metabolitnya hingga gejala penyakit tidak parah. Terdapat berbagai-bagai-bagai jenis ketahanan yang ditinjau daripada berbaga-bagai aspek. lih. toleransi bd. kerentanan. |
| subsurface correlation | sekaitan subpermukaan | Kejuruteraan | Petroleum | Pembentukan fahaman mengenai kesetaraan formasi-formasi yang berada di bawah permukaan bumi, yang wujud di tempat-tempat yang berasingan. Kesetaraan itu ditinjau dari segi usia dan kedudukan formasi-formasi yang berkenaan dalam unit stratigrafi. Pada akhirnya pemahaman ini membawa kepada kesimpulan bahawa formasi-formasi yang berkenaan itu merupakan formasi yang sama atau berlainan dan digambarkan dengan melukiskan garisan-garisan penghubung atau sebagainya. Data yang dipakai biasanya adalah data daripada survei seismik atau penggerudian telaga. |
| allowable | dibenarkan | Kejuruteraan | Petroleum | Isi padu minyak dan/atau gas yang dibenarkan untuk dikeluarkan dari telaga dalam jangka masa tertentu. Penentuan isi padu ini dilakukan melalui perjanjian antara pengusaha petroleum dengan kerajaan dan biasanya di peringkat awal proses pembangunan telaga. Kadang kala perjanjian itu ditinjau dari masa ke masa untuk memelihara kepentingan kedua-dua belah pihak yang terlibat. Di negara-negara yang mengamalkan sistem prorata, isi padu tersebut ditentukan setiap bulan oleh sebuah agen yang dilantik bagi mengawasi keabadian tenaga di negara berkenaan. Faktor penting yang diambil kira bagi menentukan isi padu tersebut adalah keupayaan telaga yang terlibat. |
| literature | kesusasteraan | Kesusasteraan | Tiada | Karya bersifat imaginatif yang tampil dalam bentuk prosa, puisi, dan drama, sama ada berbentuk sastera bertulis ataupun lisan. Pada awalnya, kesusasteraan mencakupi karya sastera dan bukan sastera, tetapi kini cakupannya lebih meluas kerana kesusasteraan juga merujuk kepada pelbagai bentuk karya seperti undang-undang, falsafah, sejarah, roman, kitab, adab dan sebagainya. Sifat kesusasteraan dapat dilihat dari aspek ekstrinsik dan intrinsiknya. Ditinjau dari sudut ekstrinsik, kesusasteraan ialah satu institusi budaya yang menampung nilai-nilai masyarakat. Karya sastera dapat memperlihatkan perubahan nilai budaya yang dilalui oleh sesebuah masyarakat mengikut peredaran zaman, dan dapat bertahan sepanjang zaman serta menjadi wadah untuk menyampaikan dan melestarikan nilai-nilai tradisi. Jika ditinjau dari aspek ekstrinsik, kesusasteraan boleh diertikan sebagai hubungan antara teks dengan pengarang, dan antara teks dengan khalayak. Dari satu segi, kesusasteraan merupakan luahan persepsi dan peribadi pengarangnya, |
| business environment | persekitaran perniagaan | Pengurusan | Perancangan | Faktor-faktor yang saling berkaitan dan mempengaruhi proses pembuatan keputusan dalam perniagaan, dan memberikan kesan terhadap pengetahuan, persepsi dan tingkah laku pihak pembuat keputusan. Dalam konteks perancangan strategi perniagaan, pihak pembuat keputusan perlu mengenali, memahami dan menganalisis keadaan persekitaran perniagaan terlebih dahulu yang boleh ditinjau dari dua perspektif, iaitu persekitaran dalaman dan persekitaran luaran. Persekitaran dalaman melibatkan faktor-faktor yang boleh dikawal oleh pengurusan organisasi seperti faktor kewangan, sumber manusia, operasi dan pemasaran. Persekitaran luaran pula melibatkan faktor-faktor yang di luar kawalan pengurusan organisasi tetapi boleh mempengaruhi kedudukan perniagaan organisasi seperti faktor politik, ekonomi, sosial dan teknologi. |
| shaly sandstone | batu pasir bersyal | Kimia | Tiada | Batu pasir yang mengandungi mineral lempung dalam kuantiti yang bermakna di dalam matriksnya. Banyaknya mineral lempung itu tidak ditentukan secara tepat tetapi hanya secara lebih kurang sahaja. Sekiranya kuantiti mineral lempung itu terlalu banyak, batupasir yang berkenaan digredkan sebagai batu pasir kotor. Istilah ini selalu dipakai dalam pengelogan telaga dan sebenarnya pemakaian ini tidak tepat jika ditinjau dari segi pengertian geologi. |
| shaly sandstone | batu pasir bersyal | Kejuruteraan | Petroleum | Batu pasir yang mengandungi mineral lempung dalam kuantiti yang bermakna di dalam matriksnya. Banyaknya mineral lempung itu tidak ditentukan secara tepat tetapi hanya secara lebih kurang sahaja. Sekiranya kuantiti mineral lempung itu terlalu banyak, batupasir yang berkenaan digredkan sebagai batu pasir kotor. Istilah ini selalu dipakai dalam pengelogan telaga dan sebenarnya pemakaian ini tidak tepat jika ditinjau dari segi pengertian geologi. |