| inscribed | dituliskan: dinyatakan;terterap dalam | Matematik | Tiada | Tiada |
| inscribed | dituliskan: dinyatakan; diterakan | Undang-undang | Tiada | Tiada |
| simple harmonic motion | gerakan harmonik mudah | Fizik | Moden | Gerakan berkala yang merupakan fungsi sinusoid masa yang dapat dituliskan sebagai x = xo sin (2πƒt), dengan xo ialah amplitud, ƒ ialah frekuensi, dan t ialah masa. |
| tile cable | kabel jubin | Teknik | Elektrik | Jubin konkrit yang diguakan untuk menutup atau melindungi kabel yang ditanam dalam tanah. Pada permukaan atas jubin ini biasanya dituliskan `Bahaya Elektrik’. Jubin ini dipasang sebelah-menyebelah jubin-jubin lain bagi menutupi sesuatu permukaan. |
| Newton�s second law | hukum kedua Newton | Fizik | Mekanik | Hukum yang menyatakan pecutan suatu zarah berkadaran terus dengan daya paduan luar yang bertindak ke atas zarah itu dan berkadaran songsang dengan jisim zarah atau dituliskan sebagai: a = F� m (a = pecutan, F = daya luar, m = jisim) Hukum ini berlaku dalam rangka inersia. |
| Liouville equation | persamaan Liouville | Fizik | Mekanik | Persamaan yang menyatakan bahawa ketumpatan titik-titik yang mewakili suatu ensembel daripada sistem-sistem dalam ruang fasa yang berjiran dengan beberapa sistem tertentu, tidak berubah terhadap masa. Persamaan itu dituliskan sebagai: ( = perbezaan terhadap masa keseluruhan ketumpatan titik dalam ruang fasa E). |
| velocity diagram | gambar rajah halaju | Mekanik | Gunaan | Gambar rajah yang merupakan selesaian grafik untuk persamaan halaju nisbi yang memerihalkan gerakan satah. Penyelesaian secara grafik menolong memudahkan analisis kebanyakan masalah, terutama apabila geometri yang terlibat sukar untuk dituliskan dalam bentuk ungkapan matematik. Gambar rajah halaju dibentuk dengan mula-mula melukiskan semua vektor yang diketahui pada kedudukannya yang betul dengan menggunakan sebarang skala yang sesuai. Vektor-vektor anu yang melengkapkan poligon berkenaan serta memenuhi persamaan vektor halaju yang terlibat, diukur daripada plot yang diperoleh itu. Contoh bagi kes yang mudah ditunjukkan dalam Rajah G2. RAJAH G2 (rujuk mss. 36) |
| Compton rule | petua Compton | Fizik | Haba | Hukum empirik yang menyatakan bahawa haba lakuran, Lf sesuatu unsur didarab dengan berat atomnya, m dan dibahagi dengan takat lebur, Tf unsur itu dalam darjah kelvin yang hampir bersamaan dengan 2 atau dituliskan |
| airlight formula | rumus cahaya udara | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Rumus asas teori jarak visual yang menghubungkan tiga faktor, iaitu lar ketara sebuah objek hitam yang jauh. Bb, lar ketara langit yang berhampiran ufuk, Bh, dan pekali pemupusan lapisan udara yang berdekatan dengan bumi, a. Rumus ini boleh dituliskan seperti yang berikut: Bb = Bh (1 � e -ax ). dengan x ialah jarak dari objek ke pemerhati. Rumus ini dikenali juga sebagai hukum Koschmieder. |
| conservation of energy | pengabadian tenaga | Mekanik | Gunaan | Fenomena yang berlaku apabila jasad ditindak oleh daya abadian sahaja. gerakan jasad ini tidak akan melibatkan kehilangan tenaga. Oleh sebab itu, jumlah tenaga upaya dan tenaga kinetiknya adalah sama pada setiap masa, dan untuk masa T1 dan T2 boleh dituliskan dalam bentuk teorem keabadian tenaga sebagai, T1 + V1 = T2 + V2 dengan T dan V masing-masing ialah tenaga kinetik dan tenaga upaya. |