| forest land | tanah hutan | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Tanah yang ditumbuhi oleh pokok hutan atau pernah ditumbuhi oleh pokok hutan. |
| mosaic | mozek | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Kawasan yang ditumbuhi oleh kelompok tumbuhan berlainan jenis. |
| forest | hutan | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Kawasan luas yang ditumbuhi oleh pokok-pokok yang lazimnya terdiri daripada jenis tumbuhan liar. rimba. |
| reclamation forest | hutan tebus guna | Landskap | Tiada | Kawasan yang ditumbuhi pokok-pokok liar yang terhasil akibat daripada kerja penebusgunaan tanah. |
| wild flower lawn | laman bunga liar | Landskap | Tiada | Kawasan berumput yang ditumbuhi oleh pokok-pokok bunga liar. Contohnya, bunga Dandelion dan Asystasia. |
| open green space | ruang hijau terbuka | Landskap | Tiada | Kawasan lapang yang ditumbuhi dengan pelbagai jenis tumbuhan dan digunakan untuk kegiatan rekreasi. |
| Bush | Semak | Pertanian | Agronomi | Kawasan tanah yang terbiar selepas diusahakan, sehingga ditumbuhi pelbagai jenis tumbuhan secara semulajadi. Sekiranya terus dibiarkan, kawasan semak akan menjadi hutan. |
| mangrove forest | hutan bakau | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Hutan paya laut yang lazimnya ditumbuhi oleh kayu daripada jenis kaum bakau. |
| blepharitis | blefaritis | Herba | Fitoterapi | Radang di tepi kelopak mata, iaitu di bahagian yang ditumbuhi bulu mata akibat jangkitan bakteria atau alahan. |
| coastal landscape | landskap pinggir laut | Landskap | Tiada | Landskap yang terdapat di kawasan pantai yang ditumbuhi oleh pokok-pokok yang tahan cuaca panas dan tiupan angin seperti pokok kelapa (Cocosnucifera), ru (Casuarina sp. ) dan penaga laut (Calophyllum sp. ). |