| pivoting chute | pelongsor pangsi | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pelongsor yang boleh diturunnaikkan untuk menyalurkan bungkusan melalui konveyor untuk ke pelantarnya. |
| hydraulic trolley | troli hidraulik | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Troli yang boleh diturunnaikkan mengikut berat kandungan dengan menggunakan kuasa hidraulik. |
| dumb-waiter | pelayan palsu | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kotak bertingkat yang boleh diturunnaikkan seperti lif untuk membawa makanan dari satu tingkat ke tingkat yang lain. Pelayan palsu biasanya digunakan di bahagian dapur ruang hospitaliti, seperti hotel atau restoran. |
| tripod | tripod | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Alat yang mempunyai tiga kaki yang diperbuat daripada kayu atau besi. Teodolit, meja ukur dan kamera diletakkan di atas tripod ini yang digunakan semasa membuat survei, melukis peta, membuat pelan dan mengambil gambar. Setiap kaki alat ini boleh diturunnaikkan untuk disesuaikan dengan keadaan tanah. Sinonim trikaki. |