| indulgent | terlalu dituruti | Sosiologi | Tiada | Tiada |
| autocratic leader | pemimpin autokratik | Pengurusan | Perancangan | Seseorang ketua yang bersikap tegas dan keras terhadap pengikutnya dengan tidak mempedulikan pandangan dan pendapat mereka dalam menetapkan matlamat organisasi. Pemimpin autokratik lazimnya mempraktikkan komunikasi sehala dengan memberikan arahan supaya dituruti oleh pengikutnya. Dalam keadaan tertentu, gaya kepemimpinan autokratik boleh menjadi berkesan, misalnya dalam organisasi ketenteraan, organisasi yang sedang menghadapi krisis dan pendekatan dalam menangani situasi pekerja yang terlalu ramai atau kurang bermotivasi. |
| the authorities | pihak berkuasa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Badan yang memiliki autoriti yang sah untuk melaksanakan pemerintahan, pentadbiran atau undang-undang. Badan ini merupakan sebahagian daripada institusi pemerintah dan bertanggungjawab untuk memastikan setiap peraturan, undang-undang dan arahan dituruti. Badan ini memiliki kuasa untuk memaksa dan mendakwa sesiapa yang ingkar atau melakukan kesalahan. Autoriti yang dimiliki oleh badan ini diberi oleh pemerintah. Contohnya, polis, tentera, kastam, imigresen dan pegawai kerajaan tempatan. |