| ikrah mulji’ | paksaan sempurna | Perniagaan Islam | Tiada | Gesaan atau kekerasan yang melanggar syarak, yang dilakukan oleh individu semasa berurus niaga melalui ugutan yang menyebabkan kemudaratan teruk atau kematian. Contohnya, memukul sehingga mati atau memusnahkan harta orang yang diugut. Sinonim ikrah tamm Banding ikrah ghayr mulji’. |
| ikrah ghayr mulji’ | paksaan tak sempurna | Perniagaan Islam | Tiada | Gesaan atau kekerasan yang melanggar syarak, yang dilakukan oleh individu semasa berurus niaga melalui ugutan yang menyebabkan kerugian yang kecil atau kecederaan ringan. Contohnya, menampar atau mengugut untuk mengurung atau menyekat kebebasan orang yang diugut. Sinonim ikrah naqis Banding ikrah mulji’. |