| counter elite | elit saingan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kelompok kelas atasan yang memberi saingan kepada kelompok elit yang selama ini mendominasi politik dalam sesebuah masyarakat atau negara. Elit saingan muncul kesan daripada proses sosialisasi yang terbentuk dalam masyarakat tersebut sama ada melalui pendidikan, pemodenan dan juga pendedahan terhadap ideologi luar. Kemunculan elit saingan ini sedikit sebanyak telah menggugat kedudukan dan dominasi elit yang telah lama bertapak dan berpengaruh khususnya dari aspek idea, nilai dan strategi. Misalnya, kemunculan kelas menengah Melayu kesan daripada pemodenan dan pendidikan telah memberi saingan kepada dominasi elit tradisional Melayu dalam strata masyarakat yang akhirnya telah mengambil alih teraju kepimpinan masyarakat Melayu. |