Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata drama's


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
poetic dramadrama puitisKesusasteraanTiadaDrama yang ditulis dalam bentuk puisi semata-mata untuk dipentaskan. Drama ini ditemui dalam kebanyakan drama Shakespeare dan drama T.S.Eliot berjudul Murder in the Cathedral. Contoh dalam sastera Melayu ialah Pengakuan Pariyem oleh Linus Suryadi AG dan Matinya Seorang Pahlawan oleh Usman Awang. Contoh dalam sastera Arab ialah Masra �Kilyubatrah oleh Ahmad Shawqi, dan dalam sastera parsi ialah Sarnivishi Parviz oleh �Ali Muhammad Khan Uvaysi.
problem playdrama masalahKesusasteraanTiadaDrama realisme yang mengisahkan permasalahan sosial. Jenis drama ini dikemukakan oleh Henrik Ibsen. Contoh drama tempatan ialah Tamu di bukit Kenny oleh Usman Awang. Drama ini memerihalkan masalah yang dihadapi oleh pegawai tinggi kerajaan manakala drama Atap Genting Atap Rumbia oleh Kala Dewata mengisahkan perbezaan hidup antara masyarakat kampung dengan masyarakat kota. Drama A Doll�s House yang dikemukakan oleh Henrik Ibsen pula mengisahkan masalah status perempuan dalam perkahwinan.
dark comedykomedi pahitKesusasteraanTiadaBentuk drama yang bercirikan kepahitan hidup dan digambarkan seperti komik. Drama ini mengisahkan kedukaan hidup, iaitu kehidupan yang tidak membawa sebarang harapan, seolah-olah manusia berada dalam situasi yang tiada penyelesaiannya. Sebaliknya, manuisa hanya menerima segala bentuk kepahitan dalam kehidupan. Antara tema yang dikemukakan ialah kematian, penyakit, dan peperangan. Bentuk drama ini digolongkan dalam genre teater absurd. Contoh komedi pahit ditemui dalam drama Jean Anouilh bertajuk Voyageur sans baggage (1936) dan Le Savage (1938), drama Jean Genet bertajuk Les Bonnes (1947) dan Les Negres (1959), Merchant of Venice, Measure for Measure, serta drama Shakespeare berjudul The Winter�s Tale. Ciri-ciri komedi pahit juga terdapat dalam karya fiksyen. Antara fiksyen jenis ini ialah The Trial, The Castle dan Metamorphosis yang dihasilkan oleh Franz Kafka.
romantic comedykomedi romantikKesusasteraanTiadaBentuk drama yang mengandungi unsur-unsur romantik. Komedi romaktik diperkenalkan oleh Shakespeare dan beberapa orang penulis lain pada zaman Elizabethan. Biasanya drama romantik bertemakan cinta yang berakhir dengan kebahagian. Contohnya drama Shakespeare yang berjudul A Midsummer Night�s Dream, As You Like It dan Twelve Night.
actor’s traininglatihan aktorKesenianDrama dan TeaterProses latihan untuk membentuk pelakon supaya dapat menghidupkan watak dan perwatakannya agar bersesuaian dengan keperluan cerita. Sinonimlatihan pelakon.
actor’s traininglatihan pelakonKesenianDrama dan TeaterLihatlatihan aktor.
Stanislavski’s systemsistem StanislavskiKesenianDrama dan TeaterLihatlakonan metod.
director’s theatreteater pengarahKesenianDrama dan TeaterKaedah penerbitan teater secara profesional yang membahagikan kerja mengikut kepakaran tertentu di bawah pemantauan menyeluruh pengarah eksekutif atau n i berasaska r in n teate . Pelaksanaa i teater h produks pengara kepimpinan seorang pengarah bagi setiap bidang tugas seperti pengarah lakon, pengarah kostum dan rias, pengarah set dan prop, pengarah muzik dan latar bunyi, pengarah pentas dan pengarah urusan.
designer’s elevationpandangan pereka bentukKesenianDrama dan TeaterGambaran latar pentas yang dilihat daripada perspektif pereka bentuk.
children’s theatreteater kanak-kanakKesenianDrama dan Teater1. Persembahan teater yang khusus untuk khalayak kanak-kanak. 2. Kegiatan teater yang hanya menggunakan pelakon kanak-kanak dan lazimnya untuk khalayak kanak-kanak.
12

Kembali ke atas