| homograph | homograf | Kesusasteraan | Tiada | Perkataan yang sama ejaannya dengan perkataan lain, tetapi berbeza makna, asal dan sebutannya. |
| homonym | homonim | Kesusasteraan | Puisi | Perkataan yang sama dari segi bentuk dan ejaannya, namun apabila digunakan dalam sesuatu baris sesebuah puisi maknanya berbeza. Contohnya, kata bisa dalam konteks racun atau kesan disengat oleh ikan sembilang dengan kata bisa dalam konteks boleh atau dapat. Ataupun kata buku dalam konteks kitab dengan kata buku dalam konteks ruas tebu. |
| eye rhyme | rima mata | Kesusasteraan | Tiada | Rima yang kelihatannya sama dari segi ejaannya tetapi merupakan rima sumbang dari sebutannya. |
| identical rhyme | rima kembar | Kesusasteraan | Tiada | Penggunaan perkataan yang sama atau tidak sama bunyinya walaupun ejaannya berbeza, dalam dua atau lebih kedudukan berirama dalam sesebuah puisi. |
| standard edition | edisi biasa/edisi standard | Kesusasteraan | Tiada | Penerbitan biasa sesuatu naskhah untuk bacaan ramai mengikut sistem semasa. Contoh: sistem ejaannya disesuaikan mengikut ejaan semasa. |