| oxychlorination process | proses pengoksiklorinan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Proses pengklorinan dan pengokdisaan produk hidrogen klorida yang dijalankan serentak. Contoh utama proses ini ialah pengklorinan etilena kepada etilena diklorida dan seterusnya kepada vinil klorida melalui proses pirolisis. |
| ethylene dibromide | etilena dibromida | Kimia | Tiada | Alkil halida, formula BrCH2CH2Br, takat beku 9oC, takat didih 131oC, wujud dalam bentuk cecair yang tidak berwarna, tidak terbakar, berbau wangi, bersifat karsinogen dan beracun. Etilena dibromida diperoleh daripada tindak balas bromin dengan etilena. Sebatian ini digunakan dalam sintesis bahan organik dan sebagai pelarut umum, pewasap bijirin dan pokok tanaman untuk tujuan memusnah haiwan perosak. Sin dibromoetana. |
| epinasty | epinasti | Botani | Tiada | Keadaan bahagian tumbuhan yang membengkok ke bawah ke dalam keadaan tertentu. Contohnya, daun yang membengkok ke bawah akibat pengaruh etilena. Lihat juga etilena. |
| ethylene propylene rubber | getah etilena propilena | Kimia | Tiada | Getah tiruan tepu yang disediakan secara pempolimeran larutan etilena dan propilena dalam perkadaran yang hampir sama. |
| ethylenediamine | etilenadiamina | Kimia | Tiada | Amina, formula NH2CH2CH2-BH2, takat lebur 8.5oC, takat didih 116-117oC, wujud dalam bentuk cecair beralkali, berbau ammonia, tidak berwarna, merupakan bes kuat, larut di dalam air dan alkohol, tetapi tidak larut di dalam benzena. Etilenadiamina diperoleh daripada tindak balas etilena glikol atau etilena diklorida dengan ammonia dan nikel atau kuprum sebagai mangkin. Etilenadiamina digunakan dalam pembuatan racun kulat, agen pengkelatan (EDTA), pelarut, agen pengemulsi, pelincir tekstil, dan perencat antisejuk beku. |
| ethylene | etilena | Perubatan | Tiada | Gas tak berwarna, CH2=CH2, yang mempunyai sedikit rasa manis, dan digunakan di dalam anestesia am. |
| ethylene | etilena | Kimia | Tiada | Tiada |
| ethylene | etilena | Kimia | Tiada | Tiada |
| ethylene | etilena | Kimia | Tiada | Lihat etena. |
| ethylene | etilena | Botani | Tiada | Fitohormon dalam bentuk gas yang mempengaruhi gerakan tropisme dan merencat pertumbuhan akar. Fitohormon ini juga boleh mempengaruhi proses peluruhan, kemasakan buah dan epinasti. |