| Iliad and Odyssey of Homeric Greece | Illiad dan Odyssey zaman Yunani Homer | Sejarah | Tiada | Tiada |
| lyre | lyre | Kesenian | Tiada | Hap kecil kuno Greece. |
| kithara (Gr) | kithara | Kesenian | Tiada | Alat petik kuno Greece. |
| dinaride | dinarid | Geologi | Tiada | Jaluran gunung yang terbentang dari timur laut Itali ke Greece, menyamai pantai Adriatik timur. |
| Corfu lace | renda Corfu | Kesenian | Tiada | Renda kasar yang bermutu rendah buatan Corfu, Greece. |
| fustanella | fustanela | Kesenian | Tiada | Skirt paras lutut yang kembang dan kaku dan berlisu akordian, dipakai oleh pengawal Istana Greece. |
| caper | kaper (sayur) | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kuntum bunga yang dijeruk di dalam garam dan cuka sebagai bahan perasa, yang boleh didapati di Greece, Afrika Utara dan Eropah Selatan. |
| caper | kaper (sayur) | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kuntum bunga yang dijeruk di dalam garam dan cuka sebagai bahan perasa, yang boleh didapati di Greece, Afrika Utara dan Eropah Selatan. |
| North Atlantic Treaty Organization (NATO) | Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Pertubuhan yang ditubuhkan pada tahun 1949.Pertubuhan ini merupakan reaksi Barat terhadap ancaman yang diterima daripada Kesatuan Soviet selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua. Pertubuhan ini pada asalnya mempunyai 12 anggota, iaitu Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Kanada, Itali, Belanda, Belgium, Luxembourg, Denmark, Iceland, Norway dan Portugal. Keanggotaannya diperluas meliputi Greece, Turki (1952), Federal Republic of Germany (1955) dan Sepanyol (1982). Anggota pertubuhan ini bersepakat menganggap bahawa sebarang serangan terhadap mana-mana anggota sebagai serangan terhadap semua negara. Setiap anggota bertanggungjawab menolong anggota yang diserang sebagaimana yang diperlukan bagi memulihkan keselamatan kawasan Atlantik Utara. Setelah berakhirnya Perang Dingin, pertubuhan ini masih lagi dianggap relevan dan diperlukan oleh negara anggotanya. Sinonim NATO. |
| Organization for Economic Cooperation and Development(OECD) | Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi | Sains Politik | Tiada | Organisasi ini ditubuhkan pada tahun 1961, menggantikan Organisasi Kerjasama Ekonomi Eropah yang telah ditubuhkan pada tahun 1948. Organisasi ini ditubuhkan untuk menyelaras Rancangan Marshall yang bertujuan untuk memulihkan ekonomi Eropah selepas Perang Dunia Kedua. Organisasi ini mempunyai 29 negara anggota, iaitu Australia, Austria, Belgium, Kanada, Czechoslovakia, Denmark, Finland, Perancis, Jerman, Great Britain, Greece, Hungary, Iceland, Ireland, Itali, Jepun, Korea, Luxembourg, Mexico, Belanda, New Zealand, Norway, Poland, Portugal, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Turki dan Amerika Syarikat. Negara anggota organisasi ini mengadakan kerjasama untuk meningkatkan ekonomi, memberi bantuan kepada negara yang belum maju dan menyumbang kepada perluasan perdagangan dunia. Agensi yang beroperasi di bawah organisasi ini ialah Pusat Penyelidikan Pendidikan dan Inovasi, Pusat Pembangunan dan Agensi Tenaga Nuklear Eropah yang kesemuanya beribu pejabat di Paris. Sinonim OECD. |